RUANG bilik wad itu, penuh dengan celoteh dan gelak tawa antara dua orang adik beradik sejoli. Suapan sudu pada mulut Aurora diselang selikan dengan jenaka dari Adrien, khas untuk menceriakan semula hati adiknya.
"Hahaha! Habistu kenapa lembu tak datang majlis buaya?" Aurora menanya tentang teka teki jenaka Adrien.
"Sebab lembu kan dalam peti ais tadi." Aurora tergelak lagi.
Tersenyum suka Adrien melihat adiknya tertawa. Jarang sekali, dia lihat Aurora tertawa. Apatah lagi sebuah senyuman. Kadang-kadang dia pernah nampak Aurora tersenyum ikhlas sebelum tradegi pertumpahan air mata tujuh tahun lepas berlaku. Cuma Aurora sahaja yang tidak perasan dia sendiri tersenyum.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu bilik wad, memberhentikan tawa Aurora. Pandangan mata mereka, tertumpu pada muka pintu tatkala pintu wad dibuka oleh seseorang dari luar.
Seorang lelaki menjenggulkan kepala kedalam bilik wad. Mata mereka bertaut. Lelaki itu terkedu saat menatap anak mata mereka berdua.
Adrien berdehem, "Ya cari siapa?" tanya Adrien. Lelaki itu tersentak. Lelaki itu berdehem seketika sebelum menjawab pertanyaan Adrien.
"Ni bilik wad Cik Aurora Elysian Mckay ke?"
Adrien mengangguk. Lantas dia berdiri dari dudukan. Suapan terakhir disuapkan pada mulut Aurora sebelum membuka pintu sepenuhnya.
Aurora mengelap mulutnya dengan tisu dan mengemaskan tudungnya yang sedikit senget. Dia bangun dari duduk diatas katil.
"Saya Detektif Harraz." Lelaki berpakaian serba hitam memperkenalkan diri. Dua orang lelaki turut mengekori Detektif Harraz masuk kedalam bilik wad.
"Ini Detektif Mukhriz dan Detektif Mikael. Rakan penyiasat saya." ujar Harraz. Adrien mengangguk.
"Adrien." Adrien berjabat tangan dengan ketiga detektif itu.
"Kami bertiga dari Ahli Jabatan Penyiasatan Jenayah Malaysia. Kes Cik Aurora, sudah termasuk dalam kes jenayah kerana pihak kami mendapat bukti bahawa kebakaran dimakmal bukan tidak sengaja dan dirancang." ujar Detektif Mukhriz.
Adrien mengangguk. "Kami berdua sudah maklum perkara itu."
"Baik, siasatan ringkas tentang latar belakang Cik Aurora akan dimulakan selepas Mejar kami sampai." kata Mikael.
Mejar ialah pangkat tentera bagi pegawai bertauliah didalam kebanyakkan angkatan tentera. Pangkat ini adalah kedua tertinggi didalam sebuah Batalion atau Kompeni. Iaitu lebih atas dari pangkat Kapten dan dibawah pangkat Leftenan Kolonel.
"Kes ini terlibat dengan Mejar?" soal Aurora, hairan.
"Ya, cik Aurora. Secara rasminya, tidak perlu. Hanya kapten dan kami sahaja mejalankan kes ini memandangkan kes ini belum sampai ketahap atas. Tetapi Mejar sendiri yang menawarkan diri untuk membantu kes ini." balas Detektif Harraz.
"Untuk pengetahuan Cik Aurora, Leftenan Kolonel juga turut bantu menyelesaikan misi ini. Jadi, Cik Aurora tidak perlu risau tentang kes ini. Peratus kes ini gagal adalah sangat sikit." sampuk Detektif Mukhriz.
Adrien hanya diam, duduk diatas sofa disebelah sofa Aurora dan berhadapan sofa panjang yang diduduki oleh ketiga detektif tersebut.
Harraz berdehem, "Jadi betul lah andaian pegawai kami yang Profesor Red Lady ialah anak bongsu Tan Sri Mckay."
Aurora mengangguk kecil, "As you see."
Adrien berkerut lalu berkata, "Macam mana korang boleh buat andaian? Maksud aku...orang awam tak tahu yang itu adalah makmal Profesor Red Lady melainkan pekerja bawah dia."
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...