Bab 35

458 64 5
                                    

RUMAH agam yang terbina gah dihadapanya, dipandang dengan senyuman sinis. Kain hitam yang melindungi separuh wajahnya, dibetulkan. Mata biru laut itu, tajam menusuk susuk tubuh beberapa orang pengawal yang menjaga hadapan pintu rumah.

Pandang sekilas penampilanya, seperti seorang berpurdah. Namun, kain hitam yang melindungi wajahnya bukan tujuan untuk menutup dari pandangan ajnabi tapi untuk menyorokkan rupa sebenarnya dari pandangan musuh.

Pakaian serba hitamnya, membantu dia dalam sesi menyorok. Ditambah lagi, dengan lampu jalan yang tidak mengeluarkan cahaya. Menyukarkan lagi, musuh untuk menjejak keberadaanya.

Berhati-hati, dia berjalan mengelilingi rumah agam itu dengan keadaan membongkokan badan. Tiba, di satu pagar kecil yang terletak dibelakang rumah agam itu. Dia menghentikan langkah, badanya disandarkan pada tembok.

Earpod disebalik tudung hitam, ditekan.

"Quelle direction est appropriée? (Mana arah yang sesuai)" tanya dia pada gerangan disebalik talian.

Bahasa perancis sengaja digunakan. Memandangkan dia, lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa perancis dengan ahli kumpulanya.

"Sur le toit. (Atas bumbung)" balas gerangan disebalik corong earpod.

Mata dia terbuntang.

"I will never do that again."

Cukuplah, lompat dari atap bumbung Tan Sri Ethan yang pernah dia lakukan. Takkanlah, rumah anak-anak buah Crazed juga dia perlu buat?

Ya, malam yang dingin itu dia mempunyai misi. Bukan, misi membunuh Crazed. Bukan, misi menumpaskan anak-anak buah Crazed. Tetapi, misi mencari bukti.

"Ailee, tak ada tempat yang sesuai lagi. Pintu belakang, ada ramai anak buah dia. Pintu depan? Kau menempah maut lah." ujar lelaki di dalam talian.

Ailee terdiam. Lama, dia berdiam diri sebelum tersenyum sinis disebalik kain hitam yang melindungi separuh wajahnya.

"Why not?" gumam Ailee.

Lelaki yang berada di talian, bukan kemain terkejut lagi. Dia dengar gumaman Ailee itu. Jelas sekali.

"Gila. Kau gila, Ailee." kata lelaki itu.

Ailee tersengih sinis. "Belum cuba, belum tahu."

Tanpa membuang masa, wanita itu berpatah balik semula ke pagar hadapan rumah agam itu.

Ailee. Wanita yang tidak boleh dijangkakan sesuka hati. Bahaya. Itulah perkara yang paling dia suka. Semakin bahaya sesuatu, semakin berkobar-kobar hatinya ingin mencuba.


"AYAH tak suka bidang tu! Aurora kena ingat, kita keluarga usahawan. Nak orang pandang serong ke dekat keluarga kita? Ha?!"

Kuat tengkinganya pada anak bongsunya, Aurora. Kecewa dengan sikap anaknya yang sering mengikut jejak langkah bertentangan dengan jejak langkah keluarganya.

Ada sebab mengapa dia halang. Ada sebab mengapa dia tidak setujui. Bukan kerana pandangan orang luar. Bukan kerana ingin mengekalkan tradisi keluarga.

Namun, tujuan sebenar dia halang. Hanya diketahui oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui dan dia seorang sahaja.

"Yang kerja Aurora, bukan ayah." bidas Aurora, sarkastik.

Tan Sri Ethan terkedu. Terasa, hatinya ditikam berkali-kali dengan sembilu. Terasa, dirinya gagal mendidik anaknya. Cuba untuk menyembunyikan perasaan sakit itu, dia memasang wajah beku.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now