Bab 40

526 73 4
                                    

KELOPAK mata perlahan terbuka. Apabila sistem penglihatanya tidak lagi kabur, dia cuba untuk mengatur nafas. Hujung jari perlahan digerakkan, terasa lenguh seluruh badanya. Seolah sudah lama terlantar di atas katil. Tekaknya kering, dahagakan air. Tika dia cuba ingin bangun, rasa sakit menyengat di dalam kepala. Membuatkan dia terbaring sepenuhnya, semula.

Tiada apa yang difikirkan sekarang ini, kecuali satu nama. Iaitu Adnan.

Dimana lelaki itu berada?

Kepala cuba diteleng ke kiri. Dan, alangkah terkejutnya dia melihat susuk tegap ayahnya sedang duduk di atas kerusi sambil bersandar pada dinding. Wajah ayahnya kelihatan lesu, bawah mata terdapat lingkaran hitam. Seolah kerap kali menangis.

Ayah menangis? Kerana apa? Adakah kerana dia?

Bila dia ingin memanggil ayahnya, suara seolah tersekat di kerongkong. Enggan keluar. Sumpah, dia rasa ingin basahkan tekaknya sekarang ini. Dicuba cara menelan air liur sendiri. Namun, rasa pedih pula menyengat tekaknya.

Pintu tiba-tiba, ditolak seseorang. Membuatkan matanya spontan terpandang. Mata bersinar-sinar tatkala menjamu wajah yang dicari-cari, sejak dia menyedarkan diri. Wajah yang dipandang itu juga seperti terkedu.

"Elysian? Awak dah sedar?!" Adnan melulu berlari ke arahnya lalu memeluk tubuh dia yang masih berbaring di atas katil.

"Ayah, Ely dah sedar!" ujar Adnan separuh menjerit. Serentak itu, Tan Sri Ethan tersedar daripada lena yang tidak beberapa nyenyaknya.

"Aurora..." Tan Sri Ethan memanggilnya. Jelas sekali, getaran pada nada lelaki tua separuh abad itu.

Disangkakan ayahnya memeluk dia juga. Namun dia silap, ayahnya hanya memandang dia dengan pandangan sayu sebelum meninggalkan bilik itu.

Sedikit kecewa.

Adnan yang melihat perkara itu, cuba menarik perhatian Aurora semula.

"Ely, awak nak apa-apa tak?" tanya Adnan. Aurora masih diam, merenung pintu bilik yang tertutup rapat itu.

Adnan mencapai jag air disebelah meja katil. Dituang sedikit air ke dalam cawan plastik. Lalu, dihalakan pada bibir Aurora. Perlahan, Aurora menyisip air jernih itu.

Lega tekaknya.

Adnan setia menghulur cawan itu sehinggalah Aurora menghabiskan minumanya. Cawan yang sudah kosong itu, diletakkan semula di atas meja.

"Nak bangun tak?" tanya Adnan, tidak henti mengukir senyuman ikhlas.

Aurora mengangguk.

Lekas, Adnan mengangkat badan Aurora sedikit. Bantal didirikan pada kepala katil sebelum menyandarkan badan isterinya. Kini, posisi Aurora duduk sambil bersandar.

"Cakap sahaja awak nak apa. Kalau ada rasa lenguh ke, bagitahu." kata Adnan.

"Badan saya lenguh, macam tak ada urat." ngadu Aurora. Adnan tertawa. Tanpa menyuruh, tangan Adnan sudah mengurut belakang badan isterinya.

"Awak dah terbaring dua minggu, Ely." bicara Adnan.

Aurora mengeluh. "Koma?"

Kepala Adnan mengangguk. "Saya tahu awak pernah koma sebelum ni, tapi awak perlu bersyukur juga. Sebab kali ini, awak tiada kecederaan teruk. Jangka masa awak tak sedarkan diri pun, sekejap. Kalau dulu, sampai disahkan amnesia. Untung, sekarang awak masih ingat siapa saya."

Aurora tergelak. "Kalau saya amnesia lagi, mati lah saya."

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Adnan yang masih tekun mengurut badanya, diajukan soalan.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now