MALAM melabuh tirai, semilir lembut menyapa wajahnya. Dia statik bersandar pada pagar balkoni sambil menatap dingin wanita dihadapanya. Wanita itu kelihatan, lemah. Lesu pucat bibir wanita itu.
"Tak perlu berikan aku alasan lagi. Kerja kau dah selesai, kau tak perlu berkhidmat dibawah aku lagi." ujarnya.
Marina menggeleng, tidak percaya. "A..apa maksud kau? Aurora belum mati lagi."
Crazed tersengih sinis. "Hampir..."
Bungkam. Wanita itu bungkam. Apa maksud Crazed? Adakah musuh mereka kini di dalam zon merah? Adakah misi mereka hampir tamat?
Tidak. Sesekalipun, musuhnya sudah mati. Dia tetap ingin berkerja dengan Crazed. Keselamatanya, diluar tidak selamat lagi. Wajahnya, kini menjadi buruan pihak polis. Dia takkan sesekali, meringkuk dalam penjara.
"Kau boleh balik dan jalankan hidup baru kau semula, Marina." sebut Crazed.
Marina geleng, lemah. "Jangan, buat aku macam ni. Kau nak aku mati dekat luar sana, selepas apa yang aku korbankan? Aku dah bunuh adik aku sendiri, aku dah korbankan kejayaan aku sendiri. Semataa-mata untuk langsaikan dendam kau!"
"Aku ada yang lebih baik, yang lebih kuat hubungan dengan Aurora. Jadi, diantara kau dengan dia. Tentulah aku pilih dia." Crazed berkata.
"Siapa lagi yang terikat hubungan dengan Aurora tapi sanggup bunuh dia? Siapa lagi kalau bukan aku? Aku sahajalah yang sanggup khianti dia! Aku sahajalah yang sanggup bahayakan nyawa demi bunuh dia!" bentak Marina.
Crazed tertawa sinis.
"Setakat hubungan sebagai seorang senior dan junior yang saling bermusuhan. Nak dibandingkan dengan hubungan yang saling berkasih sayang. Agaknya, mana yang lebih berikan impak besar kepada aku?" Sinis sahaja dia menutur.
Marina terdiam. Siapakah yang berani mengkhianati Aurora? Saling berkasih sayang? Tentu, seseorang itu telah mendapatkan kepercayaan sepenuhnya dari Aurora.
Kini, otaknya sedang berteka-teki. Pelbagai nama muncul difikiranya.
Maria?
Bila difikirkan semula, tidak mungkin wanita sepolos Maria melakukan jenayah sebegitu.
"Mesti kau tertanya-tanya, kan?"
Wanita itu memandang Crazed tajam. Meskipun, tidak dapat melihat wajah sebenar Crazed. Firasatnya, kuat mengatakan yang mereka pernah berjumpa sebelum ini. Dari gaya angkuh Crazed, gaya psiko Crazed. Persis yang amat.
Tiba-tiba Marina tertawa sinis.
"Bodoh. Kau memang bodoh. Kau tak berfikiran panjang." Marina menyumpah seranah.
"Hm?" Crazed menyengetkan kepalanya sedikit.
"Aku boleh bagitahu polis, tempat kau bersembunyi. Misi membunuh kau. Semuanya aku boleh bongkarkan, kalau aku ditahan pihak polis." ugut Marina.
Mendengar ugutan Marina itu, tidak semena-mena Crazed meletuskan tawa. Geli hati barangkali. Ugutan yang terlalu kebudak-budakkan. Tambah geli hatinya, apabila ugutan itu dilontarkan pada manusia sehebatnya ini.
"Fucking childish." hina Crazed kepada Marina. Marina terkedu sejenak. Gigi dikacip kuat.
"Kau jangan ingat aku tak boleh cam siapa kau sebenar! Aku tahu kau siapa! Kau-"
Zass!
Kata-kata Marina terhenti sebaik terasa sesuatu benda tajam menusuk isi perutnya. Dalam.
Crazed tergelak. Pemegang pisau ditolak lagi ke dalam perut Marina. Nafas Marina tersekat dek darah berlumba keluar dan membasahi bajunya. Mata Marina terbelalak.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...