Bab 28

513 69 9
                                    

TELINGA dilekapkan pada pintu besi itu, kerutan didahinya mula terbentuk. Matanya membulat tatkala dapat mendengar suara-suara itu dengan jelas dan dapat memahami maksud disebalik suara-suara itu.

Dia menggeleng laju, tidak percaya.

Tidak percaya dengan apa yang didengari.

"Kyle, macam mana dengan Kyle? Apa tindakan dia kalau dapat tahu Profesor Marina ditangkap oleh orang jahat?"

Ya, itulah yang didengari Kyle. Pertanyaan Detektif Mikael, mampu membuatkan nafasnya tidak teratur. Percayalah, seluruh tubuh badanya kini sedang menggigil. Bukan kerana ketakutan. Tapi, kerana amarah yang mula meledak. Amarah pada si durjana yang berani menculik kakak kandungnya.

"Crazed, kau tunggu nasib kau..."

Kyle mengengam buku lima, erat. Urat-urat mula timbul ditanganya dan didahi. Rahangnya, bergerak-gerak menahan kemarahan dari meletus.

Walkie Talkie miliknya yang tersangkut dibaju, berbunyi menandakan ada panggilan.

"Anggota 54 dalam panggilan. Suspek kes 1008 disyaki melarikan diri selepas pihak anggota dapat menjumpai."

Wajahnya terangkat. Butang disisi badan Walkie Talkie ditekan.

"Anggota 101 terima panggilan. 101 bertindak segera." Selepas mengungkap ayat itu, Kyle berlari meninggalkan bangunan Private MC.

Niat pada awalnya, ingin melaporkan tentang maklumat identiti sebenar Crazed yang dapat dikesan olehnya, terbantut apabila terdengar nama kakaknya disebut.

Tanpa dia sedar, tindakan yang diambil tidak akan mengubah apa-apa kearah kebaikan. Malah, lebih kearah negatif dan membahayakan nyawa sendiri.


DALAM keadaan gelap dan kawasan penuh dengan semak samun, dia berlari sekuat hati. Sekali-sekala, ranting kayu dan duri yang bersepah diatas tanah, cuba dielak. Meskipun, kegelapan pada malam itu terlalu gelap, bukan seperti kegelapan malam yang dia lihat sebelum ini. Seolah tiada bulan yang hadir, menerangi langit malam.

Pun begitu, dia bernasib baik. Dek kerana tubuhnya kuat persis kalis kepenatan, matanya tangkas persis seekor kuda, larianya laju persis seekor harimau kumbang. Kerana kelebihan itu, dia masih laju berlari, mengejar musuh Private MC sekaligus menjadi musuhnya.

Mata tangkas, tertancap pada susuk wanita berpakaian baju hujan bewarna hitam. Rambut hitam yang sengaja dilepaskan tidak terikat, membuatkan otaknya terus mengecam susuk itu ialah susuk seorang wanita.

Pantas dia bertukar arah, berlari kearah wanita itu. Seperti tahu, dia berada disitu. Wanita itu terus melarikan dirinya.

Kata-kata Shahrin bagai, terngiang-ngiang difikiranya.

"Ada dua orang wanita. Seorang pakai baju hujan warna hitam. Seorang lagi, pakai mantel merah."

Adakah itu Crazed? Ataupun pembantunya?

Persoalan itu ditolak tepi. Apa yang perlu fokuskan adalah mengejar suspek berbaju hujan. Crazed atau bukan, wanita itu tetap bersalah. Dan, perlu ditangkap lalu dihukum setimpal mengikut jenayah yang dilakukan.

"Polis, berhenti!" teriak Kyle kepada suspek berbaju hujan itu. Larianya masih diteruskan. Begitu juga dengan suspek. Masih lagi berlari, teriakan Kyle dibuat-buat tidak sampai ke gegendang telinga.

Kyle mengeluarkan sepucuk pistolnya dari poket seluar. Peluru dilepaskan, sekali.

Bang!

Sasaranya tepat pada bahu kanan suspek. Wanita itu terdorong ke hadapan sedikit lalu langkahnya terhenti.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now