AURORA merenung sekujur tubuh ibunya yang berbaring diatas katil hospital. Wajah Puan Sri Aralyn jelas kelihatan tidak bermaya. Wajah yang sebelum ini cantik tanpa cacat cela, kini ada bekas tumbukan pada bibir dan pipi dek ditumbuk oleh anak buah musuh. Hampir dua jam dia duduk didalam bilik wad ini, tetapi Ibunya masih belum sedar dari alam mimpi. Tidak mengapa, itu yang dia mahu.
Dia tak nak kehadiranya ini diketahui Puan Sri Aralyn. Dia tak suka. Sebab? Tidak boleh dijelaskan, kerana dia sendiri pun tidak faham kenapa dia tidak mahu orang nampak yang dia ambil berat tentang seseorang.
Pintu dikuak oleh seseorang, serentak itu Aurora menghidupkan telefonya lalu berpura-pura sedang leka bermain telefon.
Ayden yang berada dimuka pintu, menggelengkan kepala dia.
"Main telefon je. Ibu tengah terlantar dekat depan, kau boleh lagi hidupkan telefon?" ujar Ayden. Aurora hanya memekakkan telinga.
Buah buahan yang dibawa Ayden, diletakkan diatas overbed.
"Macam mana diaorang jumpa Ibu?" tanya Ayden.
Aurora mengangkat kedua belah bahu dia. "Aku tak tahu, tanya Adrien."
Menipu! Walhal, dialah yang paling banyak tahu tentang keadaan Ibunya. Dialah yang paling bersyukur selepas mendapat berita yang Ibunya balik dengan selamat. Punyalah ambil berat tentang Ibunya, sehinggakan dia memaksa Detektif Mukhriz untuk senaraikan siapa anggota yang menyertai selesaikan kes dirumah agam dia itu.
"Kau ni memang tak kesah langsung pasal Ibu eh? Agaknya bila ibu dah takde baru kau nak melutut, merayu minta maaf. Macam tu?"
Mata Aurora terperasan jari Puan Sri Aralyn yang bergerak sedikit. Pasti ibunya sudah sedar. Lantas, Aurora meninggalkan bilik wad itu. Ayden terpinga-pinga dengan tindakan adiknya itu.
"Takkan aku tegur sikit dah nak merajuk?" monolog Ayden.
NAFAS dihela lemah selepas memboloskan diri kedalam kereta. Hawa dingin dari penghawa dingin keretanya, mula meniup tatkala Aurora menghidupkanya. Muzik yang dimainkan oleh radio, dimatikan. Dia perlu ketenangan, dengan cara suasana sunyi. Bukan mendengar lagu.
Mata dipejam erat lalu kepala disandarkan pada kepala kerusi. Saat itu, Aurora dapat merasakan ketenanganya. Akan tetapi, beban yang dialami masih lagi terasa. Emosi dan perasaanya bercelaru. Dia penat.
"Penat..." rungut Aurora. Perasaan penat dia itu, semakin bertambah hari demi hari. Ditambah lagi dengan dirinya yang dalam keadaan bahaya. Campur pula dengan masalah keluarga yang dia hadapi. Dirinya seolah-olah jauh dengan kebahagiaan. Terasa macam diri dia tidak layak untuk bahagia. Tidak layak untuk hidup.
"Should I die?" Soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulutnya. Perkara yang paling dia tidak terfikir untuk lakukan sebelum ini, menjadi tanda tanya untuk diri dia sekarang.
"You can't do that, Elysian. Every people deserve happiness."
Bagai terbuai dengan kata kata pujukan yang entah dari siapa, dia membalas. "Tapi kenapa ramai yang suruh saya mati?"
"They don't deserve you."
"Then, who deserve me?"
"Me, ofcourse."
"Apa benda...Argh! What the hell?!" Terkejut Aurora saat terpandang gerangan suara. Si gerangan suara juga turut terkejut dek jeritan dari dia itu.
"Elysian! Jangan jerit-jerit, hampir mati saya tau!" Adnan mengurut dadanya yang berombak kencang.
"Macam mana awak ada dekat sini?!" jerit Aurora.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...