"HARINI pergi dan balik makmal naik Adrien."
"Kau janganlah ambil hati sangat dengan ayah tu..."
Aurora berdecit. "Kawal hidup aku sangat. Macam mana aku tak ambil hati?"
"Haih. Aurora. Ayah buat tu mesti ada sebab. Harini je kau tumpang aku, selama ni kan kau naik kereta kau." ujar Adrien. Matanya fokus pada pemanduan.
"Sebab apa sampai suruh aku naik kau?" Aurora mengumam. Namun, dapat didengari oleh Adrien dek kerana hanya berada disebelah dia.
"Ikut sahajalah. Ayah tu buat demi keselamatan kau. Percayalah dia. Dia Ayah kau. Dari kecil kau duduk dalam pangkuan ayah. Tahulah dia apa yang terbaik untuk anak anak dia."
Aurora hanya diam. Kalau cakap banyak nanti, takut tenaga dia cepat habis. Lebih baik dia diam, mendengar Abangnya berceramah persis seorang ibu ceramah pada anak.
"Aurora!" Bunyi marakan api dan suara Adrien kedengaran. Suara Adrien seakan tenggelam dek marakan api dan asap.
Terasa seperti tubuhnya terapung. Ada tangan yang sedang memeluk erat tubuhnya. Dia sedar sekarang, dia didukung oleh Adrien.
Terbatuk Adrien apabila asap mula menusuk masuk kedalam rongga hidungnya. Sedaya upaya Adrien menahan nafas dari bau asap.
Kelopak mata Aurora sipi sipi sahaja terbuka. Tubuhnya sekarang ini lemah, nafasnya tersekat. Badanya sekarang ini sudah bermandi keringat.
Tiba-tiba ada satu cahaya kelihatan. Bunyi asap juga semakin perlahan. Seperti sudah jauh dari marakan api. Haba panas juga berkurangan.
Dapat dia mendengar siren bomba dan ambulans.
Pasti sekarang ini, dia sudah selamat keluar dari kebakaran.
"Encik!"
Suara wanita kedengaran. Derapan kaki seseorang, laju berlari kearah dia.
"Tolong. Adik saya tak sedarkan diri!" Kali ini, suara Adrien pula lalu kedalam halwa telinga. Suara Adrien bergetar. Seperti sedang menahan tangisan tetapi dalam masa yang sama risau dan takut.
Badan dia bertemu dengan tilam nipis. Terasa pautan tangan Adrien pada badan dia, terungkai.
"Bawa bertenang, Encik! Pihak kami akan sedaya upaya selamatkan adik Encik!" kata pemilik suara wanita itu.
Bunyi roda ditolak. Serentak itu terasa seperti badanya terdorong masuk kedalam suatu ruang.
Tanganya digengam oleh jari-jemari seseorang. Mulut dan hidungnya ditutup dengan topeng oksigen. Seraya itu, nafasnya mula teratur dan tidak tersekat lagi.
Suara asing memenuhi ruang telinga dia. Mata yang terbuka separuh itu, terkatup rapat semula.
Dia pengsan sekali lagi.
.
.
.
.
.
KAKI laju berjalan melalui koridor Hotel. Setiap langkah dia penuh dengan amarah. Rahangnya diketap kuat. Pisau ditangan digenggam kemas. Tanganya sedikit menggeletar, memegang alat tajam itu.Sampai di hadapan sebuah bilik, dia berhentikan langkah. Tombol pintu bilik Hotel itu, diketuk menggunakan pisau sehingga tercabut. Akibat dari tindakan itu, menghasilkan bunyi kuat dari hentakan badan pisau pada tombol besi itu. Pintu Hotel itu dirempuh.
"Amalia!" jerit dia. Lemah lututnya tatkala sistem penglihatan dia memandang susuk tubuh seorang wanita dan seorang lelaki diatas katil. Dengan hanya diselimuti oleh selimut katil sahaja.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...