DUA hari berlalu, Aurora masih ditahan wad. Tiada apa yang seronok bermalam di hospital. Kesemuanya seperti hari hari sebelum ini. Otak masih proses siang malam, dan tidak dapat berehat. Hanya berehat beberapa jam, lalu dia sambung memerah otak semula. Untung makmal dia dalam keadaan baik pulih. Kalau tidak, mungkin dia bermalam dimakmal macam selalu. Lepastu, dibebel oleh Puan Sri Aralyn dan disindir oleh Tan Sri Ethan, kerana tidak balik rumah untuk berehat.
Angka nombor yang menunjukkan pukul jam dari sudut paparan komputer ribanya, dikerling sekilas. Ianya pukul 1 pagi. Dan dia masih menghadap komputer riba dari pukul 8 pagi tadi. Dua ulas bibir itu, mengeluh. Matanya yang agak sembab, digosok perlahan. Badan diliatkan, segala otot sendi dan urat ditegangkan, selepas sepanjang hari duduk dalam posisi yang sama.
Komputer riba di hadapanya, dimatikan lalu ditutup. Dibiarkan komputer ribanya berada di atas katil. Kaki melangkah ke arah sofa yang terletak di sudut bilik. Lipatan tudung selendang di dalam beg, dicapai. Tudung selendang itu, disarungkan pada kepalanya selepas memakai skarf hitam.
Kebetulan, bajunya memang jenis berlengan panjang, tidak perlu bersusah payah menukar baju. Tetapi apabila cuaca agak dingin diluar, dia sarungkan juga jaket zip bewarna hitam. Jaket itu tidak berzip dan dibiarkan terbuka, menampakkan baju blouse hitam yang dipakai.
Aurora mula melangkah keluar dari bilik wad. Kakinya melangkah melepasi lorong koridor yang lengang dengan umat manusia, lalu memboloskan diri kedalam lift. Lift itu juga tiada penumpang, hanya dia seorang.
Butang tutup ditekan, serentak itu pintu lift mulai tertutup. Saat kedua belah pintu lift hampir bertemu, sistem penglihatanya tertancap pada kelibat hitam yang seperti berlari kearah lift. Masa berlalu dengan pantas, pintu sudah tertutup sepenuhnya dan lift mula bergerak turun.
Aurora meneguk air liurnya. Fikiranya sudah bermain andaian bukan bukan. Bulu romanya tiba tiba menjadi tegang. Aura seram sejuk menyapa diri dia.
"Gila kau Aurora. Pukul 1 pagi nak keluar. Konon ambil angin, sekali terjumpa benda tu..." gumam Aurora. Lebih kepada monolog pada diri sendiri.
Sebelah tangan menyeluk poket jaketnya, fon telinga dikeluarkan lalu disumbat pada kedua belah telinganya yang berbalut tudung. Telefon bimbit yang sudah tersambung dengan fon telinga, dikeluarkan dari poket jaket.
Butang di sisi telefon, ditekan seraya suara musik yang dimain, menjadi perlahan. Telefon dimasukkan semula kedalam poket jaket. Tika kemudian, lift berbunyi menandakan sudah sampai ke aras bawah. Perlahan pintu lift terbuka.
Aurora berjalan kearah taman yang berdekatan dengan kawasan hospital. Suasana ditaman itu sunyi, dan tiada pengunjung. Kawasan taman itu hanya diterangi oleh lampu jalan yang malap.
Dia mengambil tempat di bangku panjang yang muat untuk dua orang sahaja. Badan disandarkan pada bangku itu. Udara segar, dihirup lalu dihembuskan perlahan.
Serta merta bibirnya terlorek senyuman nipis tatkla terasa kesemua penat dan lelah yang dia rasai hilang. Inilah cara dia menenagkan fikiran, sejak mula menjadi seorang saintis. Duduk di suatu tempat, dimana udara segar dan haba dingin berlegar. Kawasan sunyi sepi, tiada gangguan bunyi dari ciptaan manusia mahupun ciptaan tuhan. Hanya dia seorang.
Ya, mungkin lelah dan penat dia hillang. Tetapi masalah yang dia hadapi, masih kekal semat dalam hati. Kerana sifat suka memendam masalah seorang diri, punca dia masih diburu oleh kisah silam dan masalah yang tak pernah selesai, bergunung.
"Agaknya, ada tak orang yang lagi banyak masalah dalam hidup dia daripada aku?" soalan diajukan pada diri sendiri sambil mendongak memandang langit hitam terbentang luas.
"Ada."
Suara garau serak basah, menyapa halwa telinga dia. Tersentak Aurora dibuatnya. Kepala spontan teralih memandang si gerangan suara tersebut.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...