Bab 21

553 79 18
                                    

KERTAS huluran Maria, disambut perlahan. Wajah Maria, dikerling. Wanita itu tidak henti mengukir senyuman manis.

"Prof baca surat perlantikkan ni dulu, lepastu tanda tangan." tutur Maria. Aurora sekadar mengangguk.

Surat bersaiz A4 itu dibaca dengan teliti. Harini, adalah hari dimana dia tidak perlu menggunakan nama Profesor Red Lady lagi. Sepatutnya, perkara itu yang berlaku. Namun, apabila cadangan Tan Sri Ethan seminggu yang lalu, memusnahkan kesemua rancanganya.

Fikir tentang itu, dia teringat perbincangan kecil antara dia, Tan Sri Ethan dan Tuan Matheo.

"Aurora dah kata, Aurora tak setuju!" bantah Aurora.

Tan Sri Ethan menghela nafas, "Habistu Aurora ingat boleh dapat bantuan ke kalau guna nama ayah."

"Apa salahnya? Berlagak sangat ke White Hacker tu, sampai permintaan ayah pun dia tolak?"

"Ya! Sebab tu lah ayah suruh guna nama Profesor Red Lady." bidas lelaki tua separuh abad itu.

Tuan Matheo daripada tadi hanya diam membisu. Malas ingin mencelah pertengkaran kecil antara anak beranak ini.

Aurora meraup wajahnya, kasar.

"Aurora kenapa? Selama ni, apa yang ayah suruh Aurora tak pernah bantah pun." ujar Tan Sri Ethan.

Itulah sifat anak bongsunya, hanya diam dan ikut arahanya sahaja.Tidak pun mempersoalkan kenapa atau mengapa. Tetapi kali ini, Aurora seolah bukan diri sendiri. Seperti, ada sesuatu yang menghalang anak bongsunya, mengikut arahan dia. Sesuatu yang berbahaya.

Tan Sri Ethan cuba memujuk anaknya, "Takkan Aurora nak biarkan atuk percaya semua fitnah Aurora curi duit syarikat? Aurora taknak berbaik dengan atuk ke? Aurora nak biarkan pencuri tu, curi duit syarikat lagi?"

Aurora tergamam.

"Aurora...tak kesian ke dekat syarikat atuk?" tanya Tan Sri Ethan.

Aurora mengeluh, "Macam yang Aurora beritahu tadi, Aurora dah buat rancangan palsukan kematian Profesor Red Lady. Aurora dah taknak guna nama samaran lagi. I want to be myself!"

"Yes, I know! Tolong lah, untuk kali ini saja."

Tuan Matheo mengurut pelipisnya.

"No I can't..." Aurora menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tell me the truth, Aurora. Apa yang buat Aurora ingkar arahan ayah? Something wrong happened to you?" tanya Tan Sri Ethan.

Mata Tuan Matheo laju mengerling kearah anak saudaranya. Sebagai mejar yang menyiasat kes Aurora, tiada pula yang berkaitan dengan White Hacker.

Atau sebenarnya Aurora syak suspek kedua ialah White Hacker? Memandangkan, suspek kedua ialah seorang penggodam, tak bermakna ianya White Hacker.

Pelik.

Adakah Aurora tahu sesuatu apa yang dia tidak tahu?

Aurora mengengam buku lima tanganya. Nafas perlahan dihembus.

"Fine! Aurora setuju!"

"Prof? Profesor?" Berkali-kali Maria memanggil Aurora yang sedang termenung, merenung kertas perlantikkan menjadi saintis itu.

"Profesor? Profesor Red Lady?!"

Aurora tersentak. Lantas, wajah Maria dipandang.

"Maria kau panggil aku Red Lady tadi!" bisik Aurora dengan nada keras. Maria tersengih.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now