BEREJAM, meluangkan masa berborak dengan cikgu Zati di dalam bilik pejabat. Akhirnya, guru itu meminta diri untuk berundur dek kerana masa mengajarnya sudah bermula. Cikgu Zati, sempat mengizinkan mereka berdua bersiar-siar di kawasan sekolah. Sambil-sambil itu, boleh mengenangkan kenangan lama di sekolah.
Sewaktu ini, mereka berdua sedang mengelilingi satu sekolah sambil berpegang tangan. Untung sahaja, semasa ini pelajar-pelajar sedang menghadiri kelas. Aurora menoleh, memandang tangan dia dan Adnan yang bersatu itu. Terasa belakang tanganya, diusap lembut oleh ibu jari kasar Adnan.
Senyuman disimpul.
"Ely, awak ingat tak tempat ni?" tanya Adnan. Kepala terus memandang ke arah kawasan koridor yang kosong dengan umat manusia. Didinding, koridor itu terdapat beberapa gambar yang menunjukkan pelajar-pelajar cemerlang sekolah, bagi setiap tahun. Setiap tahun, mempunyai dua orang pelajar yang terpilih sebagai pelajar cemerlang.
"Kalau awak nak tahu, dulu awak dengan saya terpilih sebagai pelajar cemerlang." bicara Adnan.
Aurora tersenyum, teruja.
"Betul ke?"
Adnan mengangguk. Dinding belah kanan, dirapati. Dia menunjukkan sebuah mesin berbentuk segi empat tepat yang memaparkan angka tahun, elok tersangkut di dinding. Dibawah, terdapat sebuah bingkai gambar yang menunjukkan gambar dia dan Adnan, sewaktu mereka berdua masih dibangku sekolah.
Pakaian mereka berdua sewaktu itu, kemas. Tersarung jubah hitam bersulamkan benang merah dan topi hitam di atas kepala. Sijil berada ditangan mereka berdua.
"Waktu tu, awak dengan saya berlumba siapa yang dapat masuk dalam senarai pelajar cemerlang. Alih-alih, kita berdua pula terpilih." Adnan menceritakan.
Aurora tergelak. "Serius lah, saya berlumba dengan awak?"
"Awak gila kuasa dulu. Semuanya nak rembat. Pelajar cemerlang subjek sains kimia, awak dapat. Pelajar cemerlang akademik, awak dapat. Kokorikulum, awak dapat. Semua dapat lah. Sebab tu, saya sanggup bertarung secara sihat dengan awak."
Sekali lagi, Aurora tergelak. "Tapi mesti awak pandai dalam subjek sains komputer, kan?"
"Sudah semestinya,"
Terguling menyampah bebolah mata Aurora.
"Cuba awak ingat, reaksi kita berdua waktu tengok gambar ni." ujar Adnan. Sebelah tanganya, memaut bahu Aurora.
Aurora memejamkan matanya, mengingat semula situasi dahulu.
"Elysian, tengok ni!"
Seorang remaja lelaki, menarik lenganya sehingga terdorong ke hadapan.
"Kau ni! Jangan pegang lah, haram!" Gadis itu menarik semula tanganya. Meskipun berlapik, dia masih mengangap benda itu sebagai satu dosa.
Remaja lelaki itu, membiarkan sahaja. Hujung jari memegang bingkai kayu yang tergantung di atas dinding.
"Penghargaan tahniah kepada Adnan Adriel Bin Aish dan Aurora Elysian Mckay Binti Ethan Mckay." Remaja lelaki itu menyebut setiap bait perkataan yang tertulis, dihujung sudut gambar itu.
"Anak Ethan." panggil remaja itu, selamba. Ternganga gadis itu dibuatnya.
"Melebih ni, anak Aish." balas gadis itu balik.
"Nama dah lah, panjang." ejek remaja lelaki itu.
"Nama panjang lah best!"
"Apa yang best nya? Susah aku nak sebut nanti." bidas remaja itu. Terpinga-pinga gadis itu, dibuatnya.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...