Bab 26

527 72 5
                                    

TINDAKAN refleks, Aurora terbangun dari alam mimpinya. Nafasnya, tercungap-cungap. Keringat yang membasahi sisi dahinya, dilap. Sekeliling ruang dipandang. Ianya, ruang bilik dia.

Nafas dihela, lega.

Seketika dia tersedar sesuatu, lantas Aurora memandang jari manisnya. Nafas dihela lagi, apabila ternampak jarinya cantik tersarung cincin. Tanda Adnan melamarnya.

Dan, tanda dia milik Adnan seorang.

Ting!

Telefon yang berada disisinya, berbunyi menandakan ada notifikasi masuk. Aurora mencapai telefonya, lalu mesej Adnan yang terpapar di atas skrin, ditekan. Tersenyum dia saat terbaca mesej itu.

+ Assalamualaikum Cinta hatiku. Dah bangun ke belum? Macam mana tidur? Ada mimpi saya ke?

Soal tentang mimpi. Ya, dia mimpikan Adnan. Tapi, entah bagaimana dia mimpi Adnan membunuhnya. Bila, teringat balik tentang mimpi itu. Seram sejuk, Aurora dibuatnya.

Tidak melenggahkan masa, Aurora membalas mesej Adnan tersebut.

+ Waalaikumussalam. Saya dah lama bangun.

Menipu sahaja Aurora.

Tidak mengapalah, ini tipu sunat. Sekarang sudah berganjak pukul 10 pagi, malu lah dia sebagai anak dara bangun lewat. Sedangkan, harini hari bekerja.

+ Yeke? Kenapa abang awak kata, awak masih tidur lagi?

Terbeliak biji mata Aurora.

Adrien! Memang teringin merasa penumbuk dia ke apa?

Laju, Aurora membalas mesej Adnan. Menafikan perkara itu.

+ Taklah, saya dah lama bangun. Cuma, masih duduk terperuk dalam bilik je. Sebab tu, Adrien ingatkan saya masih tidur.

Bijak Aurora! Aurora, memang bijak bab menipu.

Selepas, menghantar mesej tersebut. Aurora bergegas bangun, bilik air ditujui.


PRANG!!

Pecah berderai, tatkala peluru dilepaskan pada badan botol kaca. Marina memejamkan matanya, menenangkan degupan jantung yang berdegup laju.

"Takut?" Sinis, nada suara yang dilontarkan Crazed. Hujung lengan baju hujan Marina, dipintal. Bibir merahnya, terherot senyuman sinis.

"I wonder what happened to you, after this." bisik Crazed, ditelinga Marina. Marina menelan air liur sendiri. Jari-jemarinya, diramas. Kepalanya tertunduk menahan geram.

Jari telunjuk Crazed, menunjal-nunjal sisi kepala Marina.

"Kau ni bodoh, Profesor Marina. Benda senang itu pun, boleh kantoi." herdik Crazed.

Dia bangun dari cangkunganya. Badan disandarkan pada dinding konkrit, hadapan Marina melutut.

"Ailee cari kau, polis dah tahu kau siapa. Adik kau?"

Walaupun wajahnya ditutup separuh dengan tudung mantel merah, jelas kepura-puraan reaksi terkejut itu, terpamer diwajahnya. Tangan naik mengurut dada sendiri.

"Mesti dia kecewa, kan? Dapat kakak yang jahat." sindirCrazed.

Marina sudah mengetap gigi, tanganya mengigil. Bawah bibirnya, digigit. Kuat. Bagai melepaskan amarahnya dengan mengigit bibir. Sehingga, meninggalkan kesan luka disitu.

"Habislah, kau Marina. Polis cari kau, Ailee pun cari kau. Haish, tamatlah riwayat kau lepas ni." Sengaja, ingin mengeledakkan kemarahan Marina.

"Oh ya, kau belum membunuh. Jadi, kau kena masuk penjara jelah, kan? Baguslah tu, boleh jumpa adik kesayangan kau dekat sana."

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now