Bab 30

515 75 4
                                    

HARI yang dinantikan oleh Aurora hampir tiba. Pada malam itu, kesemua keluarganya sibuk menyiapkan persiapan majlis akad nikahnya yang akan dilangsungkan esok pagi, dirumah agam dia. Sedara-mara belah ibunya, Puan Sri Aralyn, bermalam dirumah agamnya. Memandangkan, rumah mereka jauh daripada rumah agam keluarganya, terpaksalah mereka tinggal disini, buat semalam.

Keluarga belah Tan Sri Ethan?

Nampaknya, hanya Elliana, Tuan Matheo serta isterinya dan Mikaela sahaja yang tunjuk muka. Mereka juga turut menolong apa yang patut. Yang lain? Entah datang atau tidak. Aurora tidak kesah sangat. Jikalau, mereka datang. Elliana pula, perlu balik. Wanita itu, masih menyembunyikan diri daripada ibunya.

Dia teringat, tentang perbualanya bersama dengan Elliana. Jelas, sekali wanita itu tidak mahu duduk sebumbung bersama ibu kandungnya sendiri.

"Kau taknak balik?" tanya dia. Elliana menggelengkan kepalanya.

"Kenapa?"

"Aku lagi selesa duduk dengan kauorang. Aku lagi rasa terselamat duduk berjauhan dengan Ibu."

Jeda.

Dia tidak sangkakan, itulah jawapan yang Elliana lontarkan.

"Aurora." panggil Elliana. Elliana memusingkan wajahnya, memandang kearah Aurora.

"Tolong aku."

"Tolong apa?" tanya dia, pelik.

"Tolong aku carikan Ayah aku. Aku yakin dia masih hidup." kata Elliana. Aurora terkedu.

"H-how?"

Elliana menarik nafasnya, sedalam yang mungkin. Lalu, dihembuskan perlahan.

"Kau pernah tengok kan Ayah aku? Tolonglah, Aurora. Aku rindu Ayah aku. Aku...aku tak kesah tentang isteri kedua Ayah. Aku tak rasa...aku tak rasa itu jadi satu masalah."

Sekali lagi, Aurora terkedu dengan ayat terakhir sepupunya.

"Kau...tak kesah?"

Elliana menggeleng laju. "Kalau aku jadi Ayah pun, aku akan buat perkara sama. Ibu curang dengan Ayah, Aurora. Tiada sesiapa yang betul. Keduanya salah. Masing-masing curang."

Aurora mengusap tepi bahu Elliana.

"Apa buatkan kau nak cari Ayah kau? Sedangkan, Ayah kau curang juga dan tinggalkan kau." Penuh berhati-hati, Aurora menanya. Takut kerana soalanya, Elliana terguris hati.

"Ayah. Aku tak rasa, Ayah tinggalkan aku tanpa sebab."

"Aurora." Aurora tersedar dari lamunanya, saat nama dia dipanggil seseorang. Lantas, wajah dialihkan memandang si empu suara. Kelihatan Elliana dengan senyuman manisnya, datang menghampiri dia.

"Kau tak tidur lagi?" soal Elliana sebaik melabuhkan punggung di atas birai katil, disebelah Aurora.

Aurora menggeleng sambil membalas senyuman Elliana.

"Kenapa? Nervous ke untuk esok?"

"Tak adalah."

"Habistu? Nervous malam pert..."

"Eh kau ni!" cantas Aurora, pantas. Mengekek Elliana ketawa. Suka benar, mengusik sepupunya ini.

Peha Elliana ditampar, lembut.

"Dah nak jadi isteri orang, sepupu aku ni." ujar Elliana. Tepi kepalanya direhatkan, dibahu Aurora. Aurora juga melentokkan kepalanya, diatas kepala Elliana.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now