KERTAS yang berselerak di atas mejanya, dicampak. Wajah yang memerah itu, diraup kasar.
"Arghh!"
Serabut!
Otaknya, serabut dengan kerja makmal yang berlambak. Kebelakangan ini, pihak atasan terlalu banyak memberikan dia kajian untuk dikaji. Tidak cukup tangan dia selesaikan kerja itu. Maria yang membantunya juga, sakit kepala dibuatnya.
"Penat babi! Kau kasi kerja ni, macam aku sorang je saintis dekat Malaysia ni!" jerit Aurora. Mujur sahaja, sewaktu itu pekerja-pekerja makmalnya keluar makan tengah hari.
Penat!
Penat!
Penat!
Berapa banyak kali pun, perkataan itu diungkap. Keadaan takkan berubah. Dia masih lagi penat, dengan kesemuanya. Dari segi fizikal dan mental. Dia perlukan rehat, tapi dia tidak tahu bagaimana.
Kalau berehat seperti kosongkan fikiran, masalah mental nya pula yang hadir. Dia tidak boleh duduk dengan tenang, ada sahaja benda yang ingin dibuat.
Tiba-tiba telefonya, berdering kuat. Aurora lantas, mencapai telefonya. Nama pemanggil dibaca. Dia terkedu.
Adnan.
Lelaki itu sentiasa ada, dimana mana. Muncul tak diundang, hilang tak dijejak. Namun, lelaki itu bagai satu penawar untuk dia meneruskan kehidupan yang penuh dengan masalah. Wajah yang sering tersenyum itulah, yang paling banyak menyelamatkan dia dari buruan kisah silam. Meskipun, wajah itu juga salah satu punca buruan kisah silamnya.
Aurora menjawab panggilan dari Adnan itu. Telefon dilekapkan pada telinga.
"Hello, Cinta hatiku."
Wajah yang kusut tadi, berubah ceria. Cinta hatiku?
"Ya, Adnan. Ada apa?"
"Tak adalah, saja je call awak." kata Adnan dicorong telefon.
Aurora tersenyum.
Haih Adnan, kalau orang lain ni dah lama kena seligi. Main saja-saja pula.
"Awak okay ke, Elysian. Kenapa dengar suara macam penat je."
Aurora terkejut. Namun, sekejap sahaja sebelum dia mengukir senyuman.
Adnan. Lelaki itu seorang sahaja yang tahu isi hati dan perasaanya, selain daripada Tan Sri Ethan. Tak dinafikan bapanya, memang tahu semua tentangnya. Dia penat, dia sedih, dia marah. Bapanya tahu. Cuma, bapanya tidak pernah tunjukkan sifat tahu itu. Bapanya hanya beriak biasa, seolah tidak tahu apa yang berlaku.
Atau, lebih tepat seolah tidak kesah tentangnya. Walhal, disudut hati bapanya. Dia tahu, bapanya risaukan tentang dia.
"Saya okay sahaja, Adnan. Cuma, banyak sikit kerja dekat makmal ni." keluh Aurora. Bahu kananya, dinaikkan sedikit ke atas, menahan telefon dari terjatuh.
Tanganya pula, menyusun kertas-kertas yang berselerak di atas meja.
"Awak kena banyak berehat tau, Elysian. Kalau awak rasa serabut, cubalah cari ketenangan. Macam yang awak selalu buat, pergi tempat sunyi dan tenangkan diri dekat sana. Otak ni, perlukan rehat juga. Kalau asyik bekerja je, dia pun penat." nasihat Adnan.
Aurora terhenti dari melakukan kerjanya. "Macam mana, nak rehat?"
"Jauhkan diri daripada semua kerja dan masalah awak. Cari ketenangan. Berundur, tak semestinya awak kalah. Tapi untuk cari semangat dan kekuatan untuk terus bangkit. Lepas, awak rasa awak dah cukup bersedia dan semangat. Awak selesaikanlah masalah awak, satu persatu. Jangan, terburu-buru."
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...