Bab 16

611 86 10
                                    

DIA berlari sepantas kilat, tanpa henti. Ranting dan duri yang memenuhi kawasan itu, cuba dielakkan dari terkena dirinya. Badanya melekit dek dimandikan keringat sendiri. Nafasnya tidak teratur, dadanya berombak laju. Kesakitan pada kakinya, bertambah akibat masih tidak berhenti berlari. Namun, bagi dia. Lagi sakit hati orang yang dia khianati. Sakit yang ditampung seseorang itu tidak standing dengan kesakitan dikakinya. Malah, terlalu jauh bezanya.

"PULANGKAN KAWAN AKU!!"

Dia menjerit sebaik ternampak kelibat seorang lelaki remaja yang masih berpakaian seragam sekolah, sama dengan pakaianya ini. Remaja itu tertawa sinis.

"Hahahaha!! Kelakar, Adnan. Kelakar sangat." Remaja itu meneruskan tawanya. Rahangnya bergerak gerak, menahan sabar.

"Apa semua ni?!! Kau tipu aku! Kau buat aku fitnah dia!!" Dia menarik kasar kolar baju, remaja itu.

Lagak seorang psiko, remaja itu berpura pura tidak mengerti dan membuat muka seperti seorang naif yang tidak tahu apa apa.

"Siapa yang kau fitnah? Oh...budak peniru tu eh?"

Dia hilang sabar, tanpa berfikiran panjang, dia melepaskan tumbukan pada wajah remaja itu.

Buk!

Buk!

Buk!

Bukan sekali dua, malah bertalu talu, tumbukan diberikan.

Darah memercik keluar dari bibir remaja itu. Dirinya seolah hilang kawalan, seperti ada sesuatu yang merasukinya untuk terus menumbuk wajah remaja itu. Apabila mindanya terbayang wajah si gadis itu, amarahnya pada remaja itu naik mencacak.

Tumbukan diteruskan, sehinggalah.

Pak!

Kepalanya dihantukkan dengan kayu. Pandanganya semakin kabur, sebelum kegelapan mengambil alih.

Tindakan refleks, membangunkan dia dari dibuai mimpi. Mimpi yang sering terulang. Wajah diraup kasar. Adnan menyelak selimut tebal dibadanya.

Jari dipetik sekali, serentak itu lampu biliknya terpasang. Tombol pintu biliknya, dipulas. Lalu, dikuak kedalam. Setapak kaki dia memijak lantai luar biliknya, automatik lampu diruang itu, menyala. Adnan meneruskan langkahnya kedapur, automatik kawasan yang dia melintas akan menyalakan lampu.

Sampai sahaja diruang dapur, Adnan mengetuk perlahan penutup kabinet kayu. Perlahan, kabinet kayu itu terbuka dengan sendirinya. Lantas, segelas kaca yang tersusun didalam kabinet itu, dicapai. Gelas kaca itu diletakkan pada penapis air. Penapis air itu, mula mengalirkan air sejuk didalam gelas kaca itu.

Apabila, air sudah hampir penuh. Mesin itu memberhentikan air dari terus mengalir. Penutup botol plastik dipulas lalu dua butir pil dikeluarkan. Dua butir pil itu ditelan tanpa bantuan air.

Untuk membasahkan tekaknya, dia meneguk air masak yang dituang oleh mesin penapis tadi.

"Adnan?"

Suara itu...

Perlahan, tubuhnya dipusingkan menghadap punca suara. Matanya berair saat terpandang susuk seorang wanita tua separuh abad sedang menyusun pinggan diatas meja makan.

"Adnan. Mari makan, sayang. Nanti perut kosong..." ujar wanita itu sambil menghadap seorang remaja lelaki, berdiri diatas tangga.

Remaja lelaki yang hampir serupa dengan dia, menggelengkan kepala.

Wanita itu mengeluh. Dengan nada lemah lembut, wanita itu memujuk.

"Marilah...Adnan tak sayang ibu ke? Penat, ibu masak makanan kegemaran Adnan. Nanti Ibu dah takda siapa nak masakkan..."

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now