JEJARINYA ralit menari di atas papan kekunci yang terpapar di atas skrin telefon. Sekali-sekala bibirnya terukir senyuman. Melayan Adnan berbalas mesej, hanya membazirkan masanya sahaja. Namun, perkara itu jugalah, menjadi terapi dia untuk kekal terhibur.
+ Saya nak kasi teka-teki. Apa benda yang, masuk satu lubang yang besar, keluar tiga lubang kecil?
Aurora berfikir seketika. Beberapa minit kemudian, dia membalas teka-teki Adnan itu.
+ Taik.
Ting! Mesejnya dibalas Adnan.
+ Oh, tempat taik keluar ada tiga lubang eh?
Aurora tersedak air liur. "Salah eh, jawapan aku?"
+ Soalan lain.
Siap menghantar mesej, Aurora mengemas fail di atas mejanya. Beg tanganya dicapai, kerusi disusun. Dia melangkah keluar dari bilik pejabatnya sambil mata menghadap skrin telefon.
Mesej baru yang dihantar suaminya itu, dibaca.
+ Okay, gunung apa yang lagi besar dari gunung everest.
Kali ini, Aurora terasa ingin menyekat nombor Adnan. Laju dia membalas.
+ Penggunaan huruf, sila betulkan.
Persis seorang guru subjek Bahasa Melayu, menegur anak muridnya yang salah menggunakan huruf. Entah mengapa, matanya tidak senang melihat sesuatu ayat yang salah menggunakan ejaan mahupun huruf.
Adakah ini, masih dikira normal?
Sesaat kemudian, mesejnya dibalas.
+ Mana ada salah.
Aurora menggulingkan bebola matanya. Sambil berjalan, dia membalas mesej Adnan.
+ G dan E huruf besar. Gunung Everest ialah Kata Khas.
Ting. Satu mesej terpapar diskrin telefonya.
+ Baiklah cikgu, jawab teka-teki saya dahulu.
Aurora tersengih. Baru dia ingin membalas, terasa seperti tubuhnya ditolak oleh seseorang. Membuatkan peganganya pada telefon, terlepas.
"Eh, maaf Cik. Maaf." Lelaki yang melanggarnya itu, meminta maaf. Aurora mengambil telefonya semula. Dibelek telefonya yang sudah retak itu.
"Maaf Cik, maaf. Saya, boleh ganti telefon Cik tu." ujar lelaki itu.
Aurora masih lagi berdiam diri, membelek telefonya itu. Butang disisi telefon, ditekan. Namun, tindakanya sia-sia. Skrin telefon, masih lagi gelap.
"Cik, saya minta maaf." mohon Lelaki itu, sekali lagi.
Aurora menghela nafas. Wajah lelaki itu, dipandang dengan reaksi kosong.
"Okay." balas Aurora, sepatah sebelum meninggalkan lelaki itu. Lelaki asing itu, pantas mengejar langkah Aurora.
"Cik, takkan macam tu je. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak perasan. Saya ganti baru." kata lelaki itu. Aurora menyimpan telefonya ke dalam beg tangan.
"Cik, telefon tu dah tak boleh guna. Saya ganti, ya." Lelaki itu masih tidak mengalah.
"Tak payah." balas Aurora. Langkah diteruskan sebelum lelaki itu, menghalang laluan Aurora.
"Cik, kalau Cik taknak saya ganti. Sekurang-kurangnya, kasi lah saya tebus kesilapan saya. Saya rasa bersalah sangat ni." Separuh merayu, lelaki itu berkata.
Keluhan terlepas dari bibir Aurora.
"Tak payahlah, aku boleh beli baru." Aurora menolak permintaan lelaki itu.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
غموض / إثارة(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...