Bab 54 | Flashback

512 71 9
                                    

"TERIMA KASIH, Tuan." ucap mereka serentak. Tabik hormat diberikan pada Tuan Matheo, sebelum mereka bersurai.

Aurora juga mula berdiri, ingin beredar dari bilik mesyuarat itu. Namun, suara Tuan Matheo membantutkan langkahnya keluar dari bilik mesyuarat.

"Aurora, tunggu sekejap. Ada sesuatu uncle nak bagitahu."

Aurora mengambil tempatnya, semula.

"Aurora, pun ada sesuatu nak tanya uncle."

Tuan Matheo menyimpul senyuman. "Aurora cakap dulu."

Kepala dianggukan, dia berdehem.

"Kenapa nama Ailee? Tak ada nama lain ke? Kasi, lah nama sedap sikit." Aurora tidak berpuas hati.

Tuan Matheo mengangkat kedua belah bahunya.

"Adnan yang cadang." sebut Tuan Matheo.

Aurora terkedu. Mulutnya ternganga luas. Pakciknya, dipandang penuh tanda tanya.

"Apa...kena mengena dengan Adnan?" tanya Aurora.

Tuan Matheo mengetuk dagunya, menggunakan jari telunjuk. Konon, sedang berfikir.

"Kena mengena apa, ya? Erm, sebab Adnan ketua bahagian IT Private MC."

Aurora ternganga.

"Mungkin sebab, Adnan termasuk dalam misi memburu Crazed. Memandangkan Adnan juga pernah menjadi mangsa Crazed." sambung Tuan Matheo.

Aurora berdiri dari dudukanya.

"Kenapa Aurora tak tahu? Aurora kan, salah satu ahli rahsia Private MC juga." bentak Aurora.

Kedua belah bahu Tuan Matheo, terangkat.

"Manalah Uncle tahu, tanya ayah Aurora. Dia leftenan, Uncle ikut cadangan ayah Aurora je."

Aurora merengus, tidak berpuas hati.


PINTU rumah itu terbuka setelah tuan rumah membukanya. Terjengul wajah Adnan, di dalam rumah.

"Eh ayah, jemput masuk dulu." jemput Adnan sebelum membuka pintu itu seluasnya. Tan Sri Ethan memasuki rumah banglo itu. Pandangan mata diliarkan disegenap ruang rumah.

Dia mula mengambil tempat di atas sebuah sofa, berhadapan dengan televisyen.

"Beritahu aku semuanya tentang misi Asyraf." ujar Tan Sri Ethan. Kelihatan, Adnan mengambil tempat di sofa panjang sebelahnya.

"Asyraf ada rancang nak bunuh Aurora malam ni." Sebaris ayat Adnan menutur, sudah membuatkan amarah Tan Sri Ethan meledak.

"Kau ada bagitahu Aurora?" tanya Tan Sri Ethan, dingin.

Adnan menggeleng. Mana mungkin dia memberitahu isterinya. Dia sudah berjanji ikrar akan sentiasa menyampaikan khabar itu kepada Tan Sri Ethan terlebih dahulu.

Kedengaran, keluhan terpacul dibibir lelaki tua separuh abad itu.

"Apa lagi misi dia?" tanya Tan Sri Ethan.

"Dia suruh saya kawal kereta Aurora pandu. Dan waktu tu dia sendiri yang langgar kereta Aurora." Berat hati Adnan, ingin mengucap ayat itu.

"Lakukan."

Adnan tergamam. "A..apa?"

"Lakukan apa yang disuruh Asyraf. Aku nak lepas Asyraf pergi, kau bawa Aurora lari. Tidak kira dia masih bernyawa atau tidak, bawa dia lari. Sembunyi dekat rumah tersembunyi kau."

Adnan kaku.

"Tak perlu risau, Aurora dah tahu kau sebahagian daripada Private MC. Yang penting, rahsiakan tentang kewujudan rumah tu dan sebab dia dibawa ke rumah tu,"

Adnan menggeleng laju.

"Ayah tahu kan rancangan ni berbahaya. Kenapa kita kena ikut startegi musuh? Tak boleh guna cara lain untuk selamatkan Aurora ke? Kita boleh suruh dia tak hadir majlis syarikat tu, Aurora pun takkan datang majlis tu." Adnan bangkang, rancangan Tan Sri Ethan.

"Adnan fikir betul-betul. Kalau kau buat benda bertentangan, Asyraf dapat syak kau hanya menyamar." Tegas, suara Tan Sri Ethan.

"Tapi...nyawa Aurora macam mana? Sanggup ke tengok dia alami kecederaan yang parah?" Adnan masih tidak meninggikan suara.

Dia tiada hak ingin melakukan perkara itu. Tan Sri Ethan salah satunya, punca dia kekal hidup. Tan Sri Ethan yang menjaga dia selama ni, dan membesarkan dia di dalam satu kumpulan penyiasat. Private MC.

"Aku sayangkan anak aku juga, Adnan. Bukan kau seorang sahaja kesah. Semua orang risau. Biarkan Aurora selamat di dalam rumah, lebih berbahayakan nyawa dia dan nyawa kau sekali." bicara Tan Sri Ethan, tegas.

Adnan meraup wajahnya, kasar.

"Saya buat air dulu." Adnan meminta diri sebelum menuju ke arah dapur.


"ADNAN akan berpura-pura tikam Aurora. Sediakan, darah palsu dari mula." ujar Kapten, selaku Ayden Evan.

"Kenapa perlu tikam? Tak boleh, guna cara lain ke?" tanya Adnan.

"Asyraf mesti suruh kau, tikam. Dia memang nak Aurora, dalam keadaan lemah waktu tu." jelas Ayden.

"Bila lakonan ni, kena buat?" tanya Adnan, lagi.

"Ikut bila Asyraf suruh kau buat. Sebelum buat, pastikan hantar mesej dekat Private MC dulu. Sediakan, pistol untuk Aurora."

Adnan mengangguk, faham.

"Ayden..." Aurora memanggil nama abangnya.

"Kalau aku nak tikaman tu real, boleh tak?" Pertanyaan Aurora membuatkan Ayden dan Adnan terbelalak.

"Kau gila ke?!"

"Ely, saya tak nak bunuh isteri sendiri."

Aurora mencebik. "Janganlah, tikam dalam sangat. Aku buat, sebab aku nak lakonan tu menjadi. Asyraf tu bijak."

"Mana kau tahu dia bijak sangat?"

"Kau tengok lah, macam mana dia sorokkan kad identiti dia. Aku ingatkan dia letak dalam bilik bawah tanah dia. Memandangkan, bilik bawah tanah dia dekat rumah anak-anak buah dia. Aku ceroboh masuk, rumah tu."

"So?"

"Bilik bawah tanah dalam rumah tu, kosong. Dia dah tahu, gerak geri aku sebagai Ailee. Dia tahu, aku cari rahsia sebenar dia." sambung Aurora.

Dua jejaka itu, terdiam.

"Aku setuju. Memandangkan, aku tahu kau boleh tahan sakit tikaman tu. Apa jawapan daripada si bakal menikam?" Ayden memandang Adnan.

Lambat-lambat, Adnan mengangguk. Setuju.

****

Lagi satu bab, sahaja. Cerita ni tak ada Epilog sebab saya lupa nak buat Prolog. Haha. Tapi, agaknya boleh ke buat special chapter?

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now