Bab 29

499 70 0
                                    

"QAYDEN hilang."

Mendengar sebaris ayat daripada mulut Detektif Mikael, dia tergamam. Jeda. Mulutnya bagai terkunci. Wajah ketiga detektif Private MC dipandang, tajam. Panahan mata yang diberikanya amat tajam, sehinggakan ketiga detektif itu, tidak mampu melakukan apa-apa. Hanya tunduk menekur lantai. Dia tiada daya ingin bersuara memarahi mereka bertiga, biarlah pandanganya sahaja yang mewakilkan.

Tuan Matheo yang elok bersandar dibelakang pintu, bersuara.

"Macam mana dengan suspek? Yakin ke, suspek yang Qayden kejar tu Marina?"

Detektif Mikael mengeluarkan sepeket plastik lut sinar. Di dalam plastik itu terdapat, lipatan sehelai baju hujan yang sudah koyak-rabak.

"Kami jumpa ni terapung atas air tasik. Sebelum ini, suspek memang dikenali dengan baju hujan warna hitam. Jadi, ini boleh dijadikan bukti suspek yang Qayden kejar ialah Marina. Teori kami, mereka jatuh sama-sama dari gaung."

Aurora bertanya, hairan. "Teori?"

Mikael mengangguk. "Kami, tidak dapat sahkan lagi. Tiada bukti yang Marina jatuh sekali. Mungkin baju hujanya sahaja yang jatuh."

"Tentang keadaan Qayden, tak boleh sahkan yang dia sudah mati ataupun masih hidup. Mayat mereka berdua tak ditemui. Pihak forensik hanya jumpa pemilik darah yang bercampur dengan air tasik." kata Detektif Harraz.

"Darah siapa?" soal Tuan Matheo.

"Darah perempuan. Bermakna, darah Profesor Marina."

Detektif Mukhirz mencelah. "Teori kami, mereka ada bergelut sebelum kejadian berlaku. Sewaktu itu, mungkin Anggota 101 ada tembak suspek. Memandangkan, pistol yang kami temui tak cukup 5 peluru."

Tuan Matheo mengeluh. "Apa yang penting, cari jasad Qayden sampai dapat. Aku yakin, dia ada dekat kawasan situ sahaja."

Mereka bertiga mengangguk.

"Qayden tahu siapa Crazed." ujar Aurora, tiba-tiba. Terbelalak mata mereka semua.

Kemudian, Aurora keluar dari bilik mesyuarat itu. Meninggalkan mereka yang masih terkejut dengan ujaranya.


TING!

+ Jumpa dekat kafe, Cinta hati.

Tersebik senyuman manis dibibir Aurora tatkala membaca mesej yang dihantar Adnan. Cinta hati? Alahai, terlalu manis panggilan itu untuk dia.

Tanpa melenggah masa lagi, stereng keretanya dipusingkan, keluar dari perkarang bangunan Private MC itu. Lokasi yang dihantar oleh Adnan, menjadi panduan dia untuk sampai ke kafe. Selepas beberapa minit menghabiskan masa di atas jalan raya, dia sampai juga dihadapan kafe.

Setelah memakirkan kereta, dia terus melangkah masuk ke dalam. Kelibat Adnan dicari-cari. Mata hazelnya tertancap pada susuk Adnan yang sedang memegang menu, sambil melambaikan buku menu itu kearah dia.

Tergelak Aurora dibuatnya. Comel!

Langkah diatur kearah meja Adnan duduki, kerusi dihadapan lelaki itu, dilabuhkan punggung.

"Hai, Cinta hati. Awal sampai, awak pecut ke apa?" seloroh Adnan. Aurora mengguling bebola matanya. Tapi, bibirnya masih mengukir senyuman.

"Saya memang ada dekat sekitar sini sahaja. Sebab itulah, sampai awal." balasnya.

Adnan tersengih. "Awak dah bagitahu family awak ke tentang kita?"

Aurora mengangguk. "Ayah saya suruh awak datang rumah dulu. Dia nak berkenalan dengan awak."

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now