PINTU rumah, dikuak dari luar. Masuk sahaja ke dalam rumah, susuk Adnan sedang duduk di atas sofa, benda pertama matanya menjamah. Hairan, seketika. Wajah Adnan memerah seperti sedang menyalakan api kemarahan. Dingin wajah Adnan sambil bersilang tangan, rapat ke dada. Melihat, wajah baran Adnan. Aurora menelan air liur kesat.
Percayalah, sedingin mana pun dia. Sekasar mana pun dia. Pasti, dia akan jatuh juga tatkala terpandang sisi baran Adnan. Tambah lagi, ini kali pertama dia lihat. Selama ini, Adnan sedaya upaya menahan kemarahanya. Dia pula yang degil ingin menyalakan api. Bila api sudah berlegak, baru dia tercari-cari air sebagai sumber pelindungan.
"Pergi mana?"
Pertanyaan yang dilontarkan oleh Adnan, membuatkan kakinya automatik menghentikan langkah. Gerun. Nada yang digunakan Adnan, mendatar. Tidak dinafikan, dia tidak selesa dengan nada itu. Meskipun, nada itulah yang selalu dia gunakan sewaktu pergaduhan besar antara mereka berdua, terletus.
"Makmal." Hiraukan perasaan gerunya, dia membalas dengan nada mendatar juga.
"Dah dua hari baru balik? Tak jumpa jalan balik rumah ke?" perli Adnan.
Aurora terdiam.
"Kerja lah," balas Aurora.
Badan dipaling, membelakangi Adnan. Tangga ditujui. Baru dia ingin memanjat anak tangga yang pertama, suara Adnan menjenggah pendengaranya lagi.
"Kerja ke mengatal dengan lelaki lain?"
Aurora berkerut. Dipusingkan badan, menghadap suaminya yang membelakangi dia itu.
"Apa awak ni?" Tiba-tiba sahaja, menuduh dia buat perkara keji itu. Sebesar mana pun, benci dia pada Adnan. Dia masih tahu hukum-hakam, sebagai seorang isteri.
"Tak payah, pura-pura tak tahu lah. Aku punyalah risau dekat kau, tak balik rumah sampai dua hari. Rupanya, kau sibuk menggatal dengan lelaki lain." tuduh Adnan.
Aku? Kau? Tahu sahajalah dia, Adnan bukan dalam keadaan baik.
"Jangan nak tuduh sesuka hati. Saya bukan perempuan murah. I know my limits." ujar Aurora, menafikan tuduhan suaminya itu.
Egonya direndahkan, kali ini. Hatinya, berkeras untuk tidak mengeluarkan bahasa kasar, ketika bercakap dengan suaminya.
Melihat keadaan mereka sekarang. Dia tidak boleh janji, sejauh mana kesabaranya.
"Kau sama sahaja macam Amalia!" Tubuh Adnan membelakangi dia, tidak dapat melihat reaksi wajah Adnan. Namun, mengapa dia rasakan ada getaran di dalam nada Adnan?
"Excuse me? Awak nak kata saya curang lah? Mana bukti awak? Tuduh orang, tanpa bukti!"
Tergamam dia tatkala Adnan berdiri, menghadap dia sambil menunjukkan paparan skrin telefon yang memaparkan sound recorder. Adnan menekan butang suara itu. Bunyilah suara perbualan dia dengan Asyraf, dari mula sehinggalah akhir perbualan.
Adnan melemparkan telefon itu, di atas sofa.
"Nak bukti lagi?"
Aurora mendekati Adnan. Ini tidak boleh jadi! Dia hanya berbual dengan kawan sekerjanya. Adakah itu dikira curang di belakang suami? Jahilnya.
"Adnan, jangan jadi childish boleh tak? Dia kawan sekerja saya, salah ke dia berbual dengan saya?"
"Childish? Siapa yang childish sekarang ni?! Lupakan kisah buruk tu dengan jauhkan diri daripada suami sendiri? Tenangkan fikiran dengan buat kerja tak henti? And how about me? Apa gunanya aku sebagai suami kau? Apa fungsi aku dekat sebelah kau?!"
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...