Bab 36

508 71 16
                                    

MATANYA fokus pada paparan skrin komputer itu. Wajahnya jelas kepenatan, tapi dipaksa juga mata untuk kekal segar. Saat paparan skrin komputernya mula memainkan rakaman CCTV, tubuh yang longlai terus menjadi tegak. Rakaman itu diulang semula.

Di dalam rakaman yang tidak beberapa jelas, dek suasana gelap kerana malam melabuh tirai itu. Dapat dia melihat, sebuah kereta teksi memakirkan kereta ditepi bahu jalan. Itu kereta teksi yang dipandu Encik Sani!

Detektif Mukhriz, mencapai sekeping gambar kereta teksi yang dipandu Encik Sani, beberapa hari lalu sewaktu kejadian tumpah darah berlaku.

Gambar dipeganganya dan rakaman CCTV dipandang, silih berganti. Persis sekali!

Beberapa minit kemudian, pintu kereta teksi itu terbuka. Seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu. Wanita itu memakai mantel merah, melindungi seluruh tubuh badanya. Wajah tidak kelihatan dek kerana tudung mantel yang tersarung kemas.

Wanita itu berlalu pergi, dari tempat itu dengan selambanya. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiada langsung perasaan gerun dan takut, selepas membunuh seorang manusia yang jelas sekali tidak bersalah.

Mukhriz mengulang semula rakaman tadi, lagi sekali. Lagi dan lagi.

Tidak henti dia mengulang rakaman itu, sehinggalah matanya tertancap pada sesuatu yang tersangkut dihujung baju mantel wanita itu.

Serta-merta, dia menghentikan video rakaman. Dia mengzumkan video itu supaya dapat melihat dengan jelas.

Diperhatikan sesuatu yang tersangkut dihujung baju mantel itu dengan teliliti. Kala, dia tersedar sesuatu.

Sesuatu yang tersangkut dihujung baju mantel itu ialah pin nama. Disebabkan zum gambar, gambar itu nampak kabur sedikit. Dari mata kasarnya, dia hanya dapat lihat bentuk pin nama dan corak seperti logo di sudut pin nama.

Kerutan terbentuk di dahinya.

"Logo? Logo, apa?" Pertanyaan diajukan pada diri sendiri.

Malas ingin membuang masa, Mukhriz menangkap gambar pin tersebut melalui komputernya. Kata lain, dia menggunakan kaedah 'screenshot' untuk menyimpan gambar tersebut.


MUNDAR-mandir kakinya, melangkah. Sekejap keluhan terlepas dimulutnya, sekejap dia merengus. Telefon bimbit sentiasa dipeganganya. Menunggu seseorang menjawab panggilan.

Adnan yang melihat tingkah laku isterinya, hanya menggelengkan kepala. Secawan kopi, dihirup sedikit. Tatkala matanya perasan Aurora seperti mengurut pelipis, terus dijauhkan kopi itu pada mulut.

"Awak kenapa, Ely? Pening ke?" Cemas, Adnan menanya.

Aurora menggangguk sedikit. Adnan yang sedang duduk di atas sofa panjang, dirapati. Sisi suaminya, diambil. Kepala dibaringkan di atas peha Adnan.

"Kenapa Maria tak jawab call saya?" tanya Aurora kepada Adnan yang semestinya tidak tahu jawapan untuk soalanya.

Namun, Adnan tetap ingin positifkan pemikiran isterinya.

"Mungkin dia banyak kerja. Yalah, jadi pembantu makmal Profesor Aurora bukan senang." kata Adnan.

Aurora yang mendengar, tiba-tiba diselebungi perasaan 'overthinking'.

"Saya bebankan dia sangat ke?" tanya Aurora.

Terbeliak mata Adnan. Fikir kata-katanya, dapat membantu Aurora. Pantas, dia membetulkan ayatnya.

"Eh taklah. Memang kerja dia, kan? Mana ada beban. Awak pun, banyak kerja juga. Lainlah, kalau awak tak buat kerja." Adnan menyebut.

"Tapi, bila saya call Elliana juga. Dia pun tak angkat. Memang diaorang, nak pinggirkan saya ke?" Lemah nada Aurora, ketika ini.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now