JARUM jam menginjak pukul 11 malam. Harraz mengeluh. Meja diketuk-ketuk menggunakan jari telunjuknya. Bibir bawah digigit, keringat menitis di dahinya. Kertas di atas meja, diselerak apabila terasa fikiranya serabut.
"Harraz..." Mukhriz menegur kawannya itu supaya bawa bertenang.
"Mana Cik Aurora?"
"Tak dapat jejak."
Harraz menyerabutkan rambutnya yang sememang tidak terurus.
"Kenapa Cik Aurora tiba-tiba hilang, ha?"
"Kalau aku tahu, dah lama aku bagitahu. Bila aku tanya, Tuan Matheo. Dia cakap tak tahu dan jangan ambil tahu. Kau rasa?" Mikael yang sedang mengunyah buah jambu, menyampuk.
Potongan buah jambu di dalam plastik lut sinar, dicucuk menggunakan lidi lalu disuapkan ke dalam mulut. Tiada serbuk asam, dek kerana tekaknya alahan dengan benda masam. Untung sahajalah, dia boleh menelan buah jambu. Meskipun, kadang-kadang buah jambu itu sedikit masam.
"Diaorang memang banyak sorok sesuatulah. Sus betul!" komen Harraz.
Mukhriz tersenyum sinis. "Aku dari mula, dah dapat agak yang diaorang sembunyikan sesuatu. Hidup bekerja sebagai Private MC, seolah penuh dengan kejutan. Plot twist benda pertama berlaku selepas kita dikejutkan dengan kejutan."
Mereka berdua mengangguk, setuju.
"Kau dapat jejak Qayden?" tanya Mukhriz. Detektif Harraz dan Mikael menggeleng.
"Misalnya, dia dah mati. Mana mayat dia? Bila kita nak siasat, Kapten arahkan kita untuk abaikan Qayden." sambung Mukhriz.
Mukhriz menambah. "Kes Ailee, dikira kes berat. Sebab dia niat nak bunuh ibu kepada mangsa. Tapi apa yang diaorang arahkan? Biarkan kes Ailee sampai sekarang jadi tanda tanya."
Mikael mengeluh, berat.
"Semuanya, berlaku selepas kita setuju nak handle kes Cik Aurora. Satu-satu kejutan berlaku." kata Mikael.
"Aku rasa, Cik Aurora yang banyak berahsia. Kau bayangkan lah, mangsa selesaikan kes sendiri. Logik tak? Ya, aku tahu ada manfaat Cik Aurora tolong kita semua. Kita pun hampir improve jadi yang lebih baik. Sekarang, tiba-tiba dia hilang tak di jejak. Dia nak suruh kita cuba selesaikan sendiri ke?" luah Mukhriz.
"Sudahlah, aku pening dengan semua benda ni!" bentak Harraz. Wajah diraupkan kasar. Sumpah, dia pening!
"Tiada kejutan, tiada Private MC. Semuanya akan dibongkarkan, tinggal tunggu masa sahaja. Kau orang semua tak perlu risau, diaorang buat bersebab."
Suara seseorang mencelah, menyentakkan ketiga-tiga detektif itu. Perlahan, mereka berpusing menghadap muka pintu.
"Kap...ten?!"
HARI kedua dia berada di dalam rumah banglo yang terletak ditengah-tengah hutan ini. Dia hanya menghabiskan masa dengan menonton televisyen sambil menyelongkar makanan. Bagaimana televisyen boleh berfungsi di tengah hutan? Manalah dia tahu, Adnan yang pasang. Tanya dia kenapa? Buang masa sahaja.
Hari sebelum ini mungkin dia kekal tenang. Tapi, bukan untuk sekarang. Dia tidak tenteram sekarang. Otaknya pening, seperti baru lepas pusing dalam posisi yang sama, jangka masa yang panjang. Sejujurnya, dia sedang mencari sesuatu berharga. Dan, paling teruk sekali. Dia baru teringat sekarang!
"Adnan!!!" Aurora melaung nama suaminya.
Adnan yang sedang menatap skrin komputer di biliknya, terkejut tatkala namanya dilaung dan pintu bilik kerjanya tiba-tiba dikuak kasar.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...