TAPAK tangan yang ditutup oleh kain telekung, diraup pada wajah. Seraya itu mulutnya menyebut kalimah Aamiin. Untuk memohon pada Allah SWT mengabulkan doa dia. Sejadah yang dijahit bentuk sebuah ka'abah, dilipat lalu disusun kedalam rak kecil. Tudung telekung di cabut dari kepala. Teserlah ikatan sanggul pada rambut panjang dia. Kain telekung juga di cabut lalu disangkutkan pada penyangkut baju.
Ikatan sanggul dikemaskan. Kream Moisturizer dicalitkan pada seluruh wajah dia. Suncream disapu pada wajah. Selepas siap menghiaskan wajah dengan eyeshadow dan eyeliner, dia menyimpan kesemua barang solek dan botol kream kedalam beg kecil. Khas untuk beg alatan solek yang boleh dibawa kemana mana.
Bibir yang teroles gincu bewarna rich brown, dikemamkan. Supaya warna gincu menjadi rata. Skarf hitam disarungkan. Selendang satin dililitkan, mengikut gaya yang diingini. Sudah semestinya mengikut syariat islam iaitu, menutupi bahagian dada.
Sedang ralit mengemaskan tudungnya, tiba tiba telefon berdering, minta diangkat. Pantas tangan dia mencapai telefon bimbit diatas meja solek. Matanya memandang nama pemanggil diatas skrin telefon.
Maria
Ibu jari digeselkan pada butang hijau. Telefon dilekapkan pada telinga yang beralas tudung itu. Dia berdehem, membetulkan suara.
"Hm nak apa?" tanya Aurora pada Maria, dicorong telefon.
"Prof, Profesor Marina dah sampai." Kedengaran suara Maria seperti serak.
"Maria, kau okay?" tanya Aurora, prihatin. Prihatin pula dia kali ini. Selalunya dia hanya biarkan sahaja. Mungkin kerana Maria sudah bantu dia sewaktu majlis di Syarikat Gauntlett, minggu lepas.
Mengingatkan majlis itu, terlintas adegan White Hacker mengenyitkan mata pada dia dan menyebut 'Jumpa lagi'.
"O...okay jer, Prof. Uhuk! Uhuk!"
Aurora mengerutkan kening. "Sakit tekak?"
"Uhuk! Uhuk! Sakit tekak sikit. Mungkin sebab demam saya."
Aurora menghela nafas. "Demam? Nak balik ke? Ambil cuti harini."
"Eh tak apa, Prof. Saya okay jer. Tak adalah demam larat sangat. Sihat lagi, ni."
"Hm. Tentang Profesor Marina tu, kau suruh dia tunggu dulu. Nanti aku sampai." ujar Aurora.
"Baik Prof."
Tut. Seperti biasa, talian dimatikan tanpa mengucap selamat tinggal.
Beg kecil dimasukkan kedalam beg tangan dia. Telefon diselitkan pada kocet beg tangan, bahagian dalam. Dompet juga turut diselitkan pada kocet beg tangan. Aurora mula melangkah keluar dari biliknya.
Beg bewarna athletic blue dan terukir nama Christy Ng disangkut pada lengan dia. Padan sekali warna beg tanganya dengan baju biru laut yang dipakai.
"Morning, Aurora." sapa Puan Sri Aralyn, sebaik kelibat Aurora kelihatan.
"Morning."
"Sarapan lah dulu." ujar Tan Sri Ethan. Aurora mengangguk. Langkahnya bertukar arah. Dia melangkah kearah meja makan dan mengambil tempat disebelah abang sulung dia, Ayden.
Beg tangan diletakkan di atas riba dia. Nasi Arab didalam sudu besi, disuapkan pada mulut setelah membaca doa makan. Tenang sahaja dia makan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
Begitu juga yang lain. Hanya bunyi sudu berlaga dengan pinggan sahaja kedengaran.
"Aurora." panggil Tan Sri Ethan. Serentak itu kesemua tangan diletakkan dibawah meja. Aurora memandang bapanya.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...