"GOOD morning, Cinta hati!" sapa Adnan, ceria. Aurora yang baru turun dari tangga, tersengih memandang suaminya yang mengenakan baju apron, tanganya pula mengenggam senduk.
"Awak masak kah, Adnan?" tanya dia. Pelik pula dia dengan Adnan, pagi-pagi buta dah ada didapur.
Adnan mencampak senduk dipeganganya, ke dalam sinki. Langkah diatur kearah isterinya, kedua belah tangan didepakan.
"Peluk dulu."
Aurora tergelak. Wanita itu memeluk tubuh separa tegap, suaminya.
"Ya, saya tengah masak." jawab Adnan, selepas mereka merungkaikan pelukan.
"Aik? Awak pula yang masak, patutnya saya yang buat."
Adnan menggeleng. "Siapa kata? Alaa, harini sahaja saya masak. Esok, kita masak sama-sama."
Aurora menggulingkan bebola matanya. Akibat daripada pandangan Adnan, Aurora kelihatan comel. Tak semena-mena, dia mencubit pipi isterinya.
"Eee, gulinglah lagi mata tu. Biar kena cubit selalu, sebab comel." ujar Adnan.
Aurora mencemik muka.
"Cakap orang, tapi dia tak sedar dia lagi comel." gumam Aurora.
"Hah, cakap apa tu? Mengumpat orang bagi kuat sikitlah suara tu, Kak." kata Adnan. Aurora memandang suaminya, tidak berpuas hati.
"Bila masa saya mengumpat awak!" nafi Aurora. Dia punyalah penat memuji si suami, boleh dilabel mengumpat pula.
"Habis tu mulut gerak-gerak tu, awak cakap apa? Awak puji saya ke? Awak puji saya apa? Comel? Hansome? Sado? Baik? Husband material?"
Panjang lebar, Adnan menyenaraikan kesemua pujian yang selalu, dilontarkan oleh ramai kaum hawa diluar sana kepadanya.
Aurora membalas. "Dalam banyak-banyak awak senaraikan, semuanya tak termasuk dalam senarai pujian saya. Sebab, saya tak puji awak apa-apa pun."
"Sampai hati!" cebik Adnan.
"Saya tak sampai lagi dalam hati, saya masih dekat rumah." seloroh Aurora.
"Tipu."
"Mana ada tipu." Aurora membela diri.
"Kalau awak tak tipu, kenapa awak sekarang dah sampai dalam hati saya?"
Aurora mengemam bibir sendiri, menahan diri daripada mengoyak senyuman.
"Tak sweet pun, Adnan." kata Aurora. Adnan tersengeh.
"Yelah tu, kenapa pipi merah? Kedai cendol tak buka, harini." usik Adnan. Aurora menampar lembut bahu, suaminya.
"ASSALAMUALAIKUM warahmatuallah."
"Assalamualaikum warahmatuallah."
Selesai, memberi salam belah kiri. Adnan menukar posisi dari duduk bertahiyat akhir ke duduk melutut. Kedua belah tapak tanganya dibuka, dirapatkan kedua belah sisi tanganya.
Adnan mula membacakan doa Al-Fatihah dan membaca doa hajatnya kepada Tuhan Yang Maha Esa, serta diaminkan oleh isterinya, Aurora.
Setelah siap, Adnan memusingkan badanya menghadap Aurora, selaku makmumnya malam ini. Wanita itu, kelihatan suci dan berseri sekali, apabila mengenakan telekung putih. Tidak bosan memandang isterinya selalu. Malah, cintanya makin bermekar-mekar dihatinya tatkala menatap wajah cantik Aurora.
"Kenapa tenung saya, macam tu?" Tangan Adnan dicapai lalu tangan suaminya disalam.
"Sahaja, tak boleh ke?"
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...