GELAK tawa, memenuhi segenap ruang meja makan itu. Meriah suasana di ruang itu. Meskipun, hanya dipenuhi oleh 4 orang sahaja. Mikaela memandang ke arah sepupunya, Elliana. Wanita itu, tidak henti ketawa dek kerana jenaka yang dicipta oleh bapanya. Tuan Matheo.
Puan Mariam, ibunya bersuara. "Tak pergi keluar jalan-jalan ke, korang berdua?"
Mikaela menoleh ke arah Elliana. Kebetulan, sepupunya juga sedang memandang ke arah dia.
"Haritu dah keluar shopping. Cuti minggu ni, ingatkan nak ajak Aurora keluar sekali. Tapi, tak pastilah. Aurora kan dah bersuami." kata Mikaela, mendapat sokongan anggukan daripada Elliana.
"Lagipun, kebelakangan ni kita orang sibuk urus kedai." sambung Mikaela.
"Korang jangan kacau Aurora sangat. Dia banyak kerja, nak uruskan tu. Kesian, ayah tengok." sampuk Tuan Matheo.
"Haritu, Aurora ada telefon Elliana. Tak perasan, nak angkat call." ujar Elliana.
"Semalam, Elliana pergi mana? Lamanya, balik. Risau aunty dengan uncle." kata Puan Mariam. Baru wanita tua separuh abad itu teringat tentang Elliana. Anak dara kakak iparnya itu, baru dapat lihat batang hidung pada pukul 2 pagi. Risau hati tua dia itu.
"Oh, Elliana pergi--"
Ting Tong!
Kata-kata Elliana terhenti, sebaik bunyi loceng bergema di segenap rumah agam.
"Kaela, pergi buka." Puan Mariam mengarah anak tunggalnya itu. Tanpa membantah, Mikaela pantas mengatur langkah ke arah pintu utama rumahnya.
Tatkala pintu dikuak, terjenggul wajah seseorang yang amat dia kenali.
"Detektif Mikael?" Pelik Mikaela dibuatnya. Belakang bayang-bayang Mikael, ada beberapa orang polis yang berdiri tegak.
"Kami dari jabatan penyiasat Malaysia, ingin membawa suspek soal siasat di balai." Tegas, nada yang digunakan Mikael ketika ini.
Mikaela berkerut.
"Suspek?"
Tindakan Detektif Mikael yang menceroboh masuk, membuatkan langkah Mikaela terundur ke belakang. Anggota-anggota yang berada di belakang Mikael juga, turut memasuki rumah. Tanpa meminta izin!
"Hello, you tahu tak ni rumah Tuan Matheo? Tak reti hormat ke?" Mikaela menyekat laluan Detektif Mikael.
Paling pantang dia, orang asing memasuki rumahnya sesuka hati.
Mikael mengeluh.
Kepala ditundukkan sedikit, supaya menyamai ketinggian wanita dihadapanya itu.
"Sila ke tepi, Cik Kaela. Tolong, jangan halang kerja kami." ujar Mikael.
Mikaela ternganga sedikit.
"Masalahnya, perlu ke buat kerja sampai masuk rumah orang? Sudahlah, tak minta izin. And, one more thing. Siapa benarkan you panggil I guna nama Kaela?" Mikaela bercekak pinggang, tidak berpuas hati.
Baru Mikael ingin membalas, susuk Tuan Matheo datang menghampiri lebih menarik perhatianya.
"Mikael, apa kau buat dekat sini?" tanya Tuan Matheo. Mikaela berlari kecil, menghampiri bapanya.
"Ayah tengok dia tu, ceroboh rumah orang sesuka hati. Lepastu, panggil Kaela ni guna nama panggilan family kita." ngadu Mikaela kepada bapanya.
"Eh jap, apa ni? Ne comprend pas (Tak faham)." Berkerut kening Tuan Matheo.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Mystery / Thriller(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...