AE Season 2 spoiler.
"Apa maksud kau?" tanya Aurora. Matanya merah, bibirnya menggeletar. Menahan esakan dari terletus.
"Tuan Adnan yang selamatkan saya, tempoh bulan yang lepas. Dia yang berikan saya tempat tinggal dan rawatan."
"How?"
"Saya tidak tahu, bagaimana. Saya sedar sahaja, saya dah ada dalam bilik. Kalau Tuan Adnan masih ingat semula, mungkin dia boleh ceritakan."
Aurora tergamam. "Masih ingat semula?"
"Tuan Adnan hilang ingatan, Cik Aurora."
Lemah lutut Aurora, ketika ini. Kalau bukan kerana tanganya sempat menahan rak meja dibelakang, mungkin dia sudah jatuh terjelepuk di atas lantai.
"Kenapa dia tak pernah bagitahu aku, dia selamatkan kau?" tanya Aurora. Lebih kepada menanya diri sendiri.
"Saya tak tahu sebabnya. Itu rahsia Tuan Adnan."
"Rahsia belum terungkap." sambung lelaki itu.
****
"Apa yang awak cari tu?" soal Aurora.
"Pisau."
Kening Aurora terangkat. "Nak buat apa dengan pisau?"
"Bunuh kau,"
Tersedak air liur Aurora, dibuatnya.
"Eh, saya isteri awak tau!" tutur Aurora.
Adnan memandang Aurora dengan pandangan kosong.
"So?"
Terasa seperti ada tangan yang mencekik lehernya sekarang ini. Setelah mendengar sepatah perkataan yang dikeluarkan Adnan.
"Kalau tak boleh terima saya ni isteri awak sekalipun. Tapi janganlah sampai nak membunuh. Dosa lah!"
****
"Siapa Asyraf?"
Wanita itu terkedu. Aurora menelan air liur sendiri. Wajah Adnan dipandang dengan satu senyuman tersimpul di bibir.
"Saya tak kenal awak." tipu Aurora. Adnan bergerak selangkah ke hadapan, merapatinya.
"Kau isteri aku, kan?" tanya Adnan. Tajam anak mata hitam itu menikam wajah Aurora yang sudah seperti cacing kepanasan.
"Betul lah. Saya isteri awak. Tak ada yang lain. Awak kahwin satu je. Sebab tak laku, saya seorang je yang setia sampai sekarang." ujar Aurora, selamba. Nada santai, masih dikekalkan. Walhal, hatinya sedang berdebar sekarang ini.
Adnan mengambil selangkah ke hadapan, lagi. Kali ini, lebih rapat dengan kedudukan Aurora. Tertelan perit, air liur Aurora. Otaknya sudah menayang situasi yang bukan-bukan.
Adnan nak bunuh dia ke? Adnan dahagakan darah manusia? Oh, tidak!
****
Susuk seorang lelaki berbaju serba hitam, menjamah pandanganya. Seluruh badan Aisyah, mengigil ketakutan. Aisyah mengesot ke belakang, dalam keadaan terduduk.
"S...siapa kau?!"
"Aisyah..." Lelaki itu menyebut namanya.
Aisyah tersentak. Bagaimana lelaki itu tahu namanya?
"Kau nak mati, kan?" tanya lelaki itu. Topi hitam berlambangkan logo jenama, elok tersarung di atas kepala lelaki itu.
"Aku boleh buatkan."
****
SOALAN SERIUS!
Saya perlukan pandangan awak semua.
Kalau misalnya, Adnan bukan hero. Awak semua setuju tak?
Nanti akan ada watak baru. Nak ingatkan, watak tu penting. Walaupun, nampak macam tambahan.
Macam DKC. Asyraf muncul dalam 2 bab sahaja. Tapi, rupanya dia antagonis. Hah gitu.
RBT lebihkan kepada situasi Aurora dan Adnan. Mengapa? Perluhlah baca. Tapi, masih tidak mengutamakan genre romance. Sebab cerita ni tidak menceritakan kisah hubungan hero dan heroin.
Ada prolog, jadi ada epilog. Ada epilog, ada special chapter. Saya dah terbayang-bayang nak tulis apa dekat special chapter.
Sejujurnya, hati saya tengah jadi jahat sekarang ni.
Macam mana saya boleh terfikir nak buat Aurora mati?
Tapi kalau heroin mati, macam seronok juga.
Apa pandangan korang?
Oh, RBT di inspirasikan oleh dua cerita Thriller K-Drama.
Nanti, 21 hari bulan sampailah 25 hari bulan saya sibuk. Tapi, tak apa. Saya cuba update RBT waktu tarikh tu.
YOU ARE READING
AE : Dendam Kerana Cemburu
Misterio / Suspenso(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 Berdendam kerana cembur...