Meja BTS penuh gelak ketawa sebab Jin tak habis-habis bagi soalan teka-teki yang tak masuk akal sampaikan kepalanya kena ketuk beberapa kali oleh Jungkook sebab terlalu geram dengan jawapan yang dia bagi.
"Kau bagi lagi soalan mengarut aku headlock kepala kau." Ancam Jungkook sambil membuat muka.
"Habis kau nak aku bagi soalan apa? Account?"
"Yah!"
Hampir sahaja tin cola dibaling oleh Jungkook. Nasib baik ada Namjoon yang halang.
"Yah Kim Taehyung.." panggil Jhope.
"Erm wae?" Soal V ringkas.
"Kau bergaduh dengan Chorong lagi ke?" Soalnya..
V tidak menjawab melainkan makan roti milik Jin. Habis dia makan semua sampaikan si pemilik hanya ternganga melihat rotinya dibaham oleh namja yang penuh luka di muka tu. Nak pukul kesian pulak.
"Kenapa kau tanya?" Soal Jimin ingin tahu.
"Hari ni dia langsung tak senyum dan masa kat kelas tadi semua soalan dia jawab salah. Kali ni gaduh sebab apa? Tak mungkin sebab kau tak bagitahu kau excident kan?" Kata Jhope lagi.
Tak faham betul dengan hubungan V dan Chorong yang selalu bergaduh ni. Ada je benda yang digaduhkan tapi yang peliknya, hubungan mereka masih kekal sampai sekarang.
"Aku pun pelik dengan korang ni. Dia tu pemalu dan pendiam. Tak mungkin dia yang cari masalah. Mesti kau ada buat something dekat dia kan? Kau buat apa huh budak?" Soal Jin pulak.
"Tak perlu tahu. Ini hal aku dengan dia.." jawab V serious.
"Wah!! Dah pandai berahsia eh..takpe..inilah kawan.."
Pap!
Belakang kepala Jungkook di hempuk geram oleh Jimin.
"Hormat privasi orang lah mangkuk..ada jugak makan tin kejap lagi. Aku bantai jugak budak bunny ni lah..haih.." bebel Jimin disertakan dengan accent Busan miliknya itu. Cakap pun dah macam rapper dah..laju betul.
"Kau tu, aku dengar semalam kau belasah budak sebab kacau Nayeon. Betul ke?" Soal Namjoon kepada Jungkook.
"Pak Cik bawang betul lah korang ni kan. Sejak bila pandai dengar gosip orang ni?? Aku bukan belasah tapi bagi teguran. Mulut murai mana yang sebar fitnah ni? Nak mati ke? Haish jinjja.."
Bebel Jungkook. Sakit hati betul bila ada orang fitnah dia macam tu. Punya lah elok dia jaga tingkah laku..boleh pulak kena gosip benda merepek macam tu. Tak masuk akal langsung.
Sedang mereka berborak panjang tiba-tiba datang seseorang singgah dimeja mereka dan memberi air minuman tin kepada Jimin lalu pergi begitu sahaja.
Langkahnya diperhatikan oleh Namjoon sampailah kepala dia kena ketuk kuat oleh V.
"Jaga mata! Pantang betul tengok yang sexy. Pabo.." kepala Namjoon diketuk lagi sekali.
"Kasut dia tinggi 4 inch tu! Takut tersilap langkah aku boleh jadi penyelamat." Kata Namjoon.
"Wah..yah!yah!! Dulu kau minat yang kasar-kasar..kenapa tukar haluan ni?" Soal Jhope.
"Tak naklah yang kasar. Nak yang sexy pulak..hehe.."
Pap!
Lagi sekali kepalanya kena ketuk tapi kali ni Jungkook yang ketuk. Tua tak tua..dia ketuk je..byuntae punya namja.
***
Cafe.
"Kali ni masalah dia apa?" Soal Nayeon sebaik sahaja Chorong sampai. Belum sempat buka jaket dah kena soalan. Tak menyabar betul.

ANDA SEDANG MEMBACA
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me