Jimin merenung cover buku majalah kolej dengan perasaan sedikit geram. Tak percaya dengan apa dia tengok sekarang ni sebab kali ni cover page majalah adalah pasangan Tzuyu dan Mingyu dan itu bermakna, V gagal selesaikan tugas dia.
Janji nak kalahkan team Mingyu tapi tak berhasil. Mulut je cakap lebih tapi tak membuahkan hasil. Tapi itu semua tak penting, yang penting adalah kenapa gambar Mingyu peluk pinggang Tzuyu ni jugak yang mereka pilih? Takde gambar lain ke?
"Hello."
Tiba-tiba datang seorang yeoja cantik duduk di depannya. Matanya menoleh melihat yeoja itu atas bawah. Fuh! Semua barang berjenama melekat dekat badan dia. Dari kepala sampai ke kaki, semua barang mahal.
"Kang Hyewon."
Tangannya menghulur ke depan. Lambat tapi pasti yang Jimin menyambut huluran tersebut.
"Park Jimin."
"I know it.."
"Ah..aku ingat sekarang..kau yang selalu bagi aku air kan?" Kata Jimin setelah melirik wajah Hyewon cukup lama.
Baru dia sedar yeoja yang selalu pakai heel merah dan selalu bagi air dekat dia kini sedang duduk semeja dengannya.
"Tak sangka team dia boleh menang. Padahal masih banyak gambar yang menarik." Kata Hyewon sambil menjeling majalah tersebut.
"Nae?"
Jimin mengerutkan keningnya. Tak faham apa yang disampaikan oleh orang yang baru dia kenal ni.
"Saya satu kelas dengan Tzuyu. Dia yeoja chingu awak kan?" Soalnya dan Jimin mengangguk sekali.
"So?"
Sebelah kening Jimin terangkat. Apa yang cuba dia sampaikan ni?
"Dorang berdua cukup akrab dekat kelas. Satu kelas tahu tu." Jawabnya.
"Nae?"
"Come on Jimin. Tzuyu cantik dan semestinya ramai yang minat kan? Dan satu kelas tahu Mingyu suka Tzuyu.."
"Kau cuba nak sampaikan apa dekat aku ni? Sengaja nak panas-panas kan aku ke macam mana?" Soal Jimin.
"Aniya. Saya cuma nak bagi tahu kebenaran."
"Sampah."
Kata Jimin. Majalah itu diraih lalu dia bangun dan ingin pergi tetapi pantas dihalang.
"Saya dah perhatikan awak lama. Kalau hubungan awak dengan Tzuyu hancur, saya sedia ganti tempat dia.." katanya dengan senyuman manis.
Zaman sekarang memang partner orang lagi cantik lagi handsome ke? Merampas tu macam benda paling wajib sekali asalkan dapat apa yang kita nak.
"Itu takkan berlaku. Siapa nama kau tadi? Kang Hyewon? Erm, cantik paras rupa tapi busuk hati. By the way, air kau bagi aku tak minum pun."
Katanya lalu pergi begitu sahaja. Hyewon memerhatikan Jimin dari jauh sambil tersenyum-senyum.
"Interesting." Monolognya dalam hati.
***
Suasana di dataran cukup heboh kerana hari ini merupakan hari perkhemahan yang di tunggu-tunggu oleh semua orang termasuk dengan BTS.
6 orang namja itu sepakat memakai jaket yang sama iaitu berwarna army green, seluar sukan hitam dan juga topi menjadi hiasan di kepala.
Kedatangan mereka menjadi tontonan umum tapi tak lama apabila Tzuyu dan Nayeon masing-masing memeluk lengan pasangan mereka membuatkan peminat Jimin dan Jungkook patah hati.
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanficTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me