Part 20

126 14 26
                                    

Semester baru, hari baru dan kehidupan yang baru untuk Chorong. Hubungannya dengan V hampir 3 bulan berakhir dan semuanya berjalan dengan lancar sekarang ni. Channel youtube V pun dia dah tak langgan lagi dan tidak melihat isi video tersebut.

Apa yang dia tahu, namja tu selalu buat video vlog bersama dengan Heejin dan selalu live stream dengan kekasihnya itu. Cepat betul move on kan? Hebat betul Heejin sebab mampu mengubat hati V tu.

Sedangkan dia? Masih mencuba untuk bertahan dan masih berusaha untuk melupakan. Kawan-kawan dia yang lain pun dah tahu tentang hubungan mereka. Mereka tetap berkumpul ramai-ramai tapi itulah, mata mereka berdua tidak saling bertembung dan Chorong sentiasa bersama dengan Jhope kalau kawan-kawan dia yang lain sibuk dengan pasangan mereka semua.

Chorong yang dulu mula hidup kembali. Kalau dulu dia selalu mendengar lagu melalui mp3 kesayangannya, kini airpod sentiasa menghiasi telinganya dan dia mula menjauh dari dunia seperti dulu. Hanya focus pada pelajaran sahaja dan disebabkan lagu lah, dia boleh terima apa yang berlaku sekarang ni.

Chanyeol pun selalu ajak dia keluar walaupun sibuk dengan kerjanya, dia tetap curi masa untuk dirinya. Kadang-kadang mereka pergi main bowling seperti dulu, dan selalu juga ke pantai.

Semasa dia terlalu sibuk berjalan di kaki lima sambil membaca buku, tiba-tiba langkahnya terhenti. Kepalanya mendongak melihat siapa yang menghalang laluannya sekarang ni.

Namja itu tersenyum luas sambil menghulur banana milk ke arah Chorong.

"Sudi menjadi team assignment aku untuk semester ni? Harap kau tak bosan dengan muka aku. Mana-mana ada muka Jhope." Katanya penuh pesona.

Chorong merampas banana milk tersebut lalu mengatur langkah.

"Aku je yang selalu kutip kau jadi partner project aku. Kalau bukan aku siapa?" Soal Chorong.

"Betul. Kali ni aku janji tak susahkan kau sebab aku dah berazam untuk focus dalam kelas. Tapi kau kena selalu tolong aku lah."

"Semestinya. Macam mana kau tolong aku, macam tu juga aku tolong kau." Kata Chorong.

"Nice! Semangat ini yang aku mahu!" Katanya penuh gembira.

Chorong menghentikan langkahnya semata-mata nak tengok muka happy Jhope. Kenapalah namja periang ni single sampai sekarang? Namja ni murah senyuman kot. Periang dan peramah lagi. Rugi siapa lepaskan Jhope ni. Hidup dia mesti akan happy kalau namja ni jadi milik orang itu.

"Oh ya, kau akan datang ke majlis dia kan?" Soal Jhope tiba-tiba.

"Siapa?" Soal Chorong.

"Taehyung! malam ni majlis menyambut kepulangan appa dia. Kau lupa ke?" Soal Jhope.

"Tak perlu kot aku datang. Dia ajak kawan-kawan dia bukan bekas kekasih dia."

Chorong cuba untuk pergi tetapi pantas dihalang. "Jangan macam tu. Omma dia rapat sangat dengan kau kan? Kalau kau tak datang, kecil hati omma dia nanti. Aku janji akan teman kau malam ni. Aku takkan tinggalkan kau sendiri." Jhope mengangkat tangan kanannya dan berharap Chorong akan setuju.

"Okey aku datang. Janji jangan biarkan aku sendiri?" Soal Chorong ingin kepastian.

"Janjilah!"

"Okey.."

***

Malam

Rumah V mula dipenuhi oleh tetamu. Tugas dia malam ni adalah menyambut tetamu dan disisinya ada Heejin yang menemani.

Sedang sibuk dia menyambut tetamu, senyumannya mengembang apabila tetamu yang dia nantikan akhirnya datang jugak.

Yang namja lengkap dengan suit manakala yang yeoja lengkap dengan dress cantik mereka. Dalam diam mata V mengunci seseorang yang jalan paling belakang sambil memaparkan wajah seriousnya dan dia tahu, Chorong cuba untuk tidak melihat kearahnya.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now