3 tahun telah berlalu dan sekarang mereka tidak lagi digelar sebagai pelajar sekolah malainkan pelajar college ternama di Korea. Semuanya memasang azam yang tinggi iaitu untuk menjadi orang berjaya pada masa akan datang.
Tapi semua tu tak terjadi kepada V sebab dalam group BTS, dialah orang paling malas sekali datang ke kolej. Kalau boleh seminggu 3 kali je nampak muka dia. Banyak kali juga dia kena bebel oleh Chorong tapi dia hanya pekak telinga sahaja. Malas nak lawan sebab takut bergaduh besar dan akhirnya mereka putus di tengah jalan.
Jimin dalam menuju ke cafe sambil bersiul. Anak matanya memandang kearah sekeliling dan akhirnya anak matanya menangkap tubuh seseorang yang sedang sibuk di meja.
Senyumannya kembang lalu dia berjalan seperti anak kecil iaitu dengan cara melompat-lompat menuju ke meja tersebut.
"Yah Kim Taehyung!" Bahu V ditepuk membuatkan namja itu terkejut dan sikit lagi kepala Jimin kena ketuk.
"Mwoya??kenapa dengan tangan kau? Apa ni?? Yah!!! Kau excident ke? Bila??" Soal Jimin sambil menyentuh tangan V yang disimen lalu memerhatikan muka V yang terluka dibeberapa tempat.
"Yah! Aku baru tak jumpa kau 2 hari...dah macam ni rupa kau? Habislah..Chorong cari namja lain lah kalau dia tahu..habis lah kau.." ugut Jimin sambil ketawa-ketawa.
Dasar kawan tak guna. Bukannya nak bagi kata semangat atau simpati..dia boleh pulak ugut-ugut macam tu. Tak masuk akal betul.
"Rajin pulak kau ke kolej. Sakit-sakit gi kolej..kalau sihat menghilang terus. Waeyo? Chorong ugut kau lagi ke?" Soal Jimin sambil ketawa kecil.
Kesian tengok kawan baik dia ni. Itulah namanya cinta mati, sanggup buat apa je asalkan hubungan dia dengan Chorong tak berakhir di tengah jalan.
"Kau boleh tutup mulut kau sekejap tak? Cerewet betul..ni..ni.." bebel V sambil memegang lehernya..
"Tak sakit tekak ke dari tadi membebel? Mengalahkan orang tua betul." Geram V. Kalau boleh dia hempuk je namja rambut warna-warni ni.
Ingat handsome lah tu potong rambut style undercut pastu color macam-macam? Ingat dia Idol ke? Ceh! Rambut dah macam badut orang tengok.
"Sini aku bagi tips macam mana nak bagi hubungan kekal lama." Jimin mendekatkan kerusinya kearah V.
"First, kau kena ca.."
Pap!
Tiba-tiba belakang kepalanya dipukul oleh seseorang. Dia berpusing untuk memarahi orang itu tapi tak jadi sebab orang tu adalah Tzuyu. Muka dia yang marah tadi terus bertukar kepada senyuman manis.
"Bila sampai?" Soal Jimin ringkas.
"Jom!"
Tzuyu menarik Jimin dengan paksa agar bangun lalu mereka berdua keluar dari kawasan cafe meninggalkan V dengan Chorong berdua.
"..cari yeoja chingu yang garang.." sambung V pelan lalu menghirup minumannya.
Chorong terus menjentik dahi V sebab dia dengar apa yang V cakap tadi. Agak-agaklah dengan dia-dia sekali terasa hati sebab dia selalu juga marah namja berambut hitam ni.
"Gwenchana?" Soal Chorong datar.
"Eoh? Nae..gwenchana.." jawab V ringkas.
Keadaan menjadi hening seketika. V menjeling Chorong yang sedang membaca buku itu. Dia pelik, kenapa Chorong tak tanya punca dia boleh patah tangan macam ni.
Setakat nak duduk dan baca buku, baik takyah usir Jimin tadi. Kesian kat namja tu kena tarik paksa tadi.
"Ehem. Tak nak tanya kenapa tangan saya jadi macam ni?" Soal V dan Chorong hanya menggeleng kecil.
"Yah Park Cho--"
Kata-kata V terpotong apabila Chorong menatapnya dengan tatapan mematikan. Matanya terkebil-kebil menatap Chorong lalu dia mengantungkan bibirnya.
"Saya excident 2 hari lepas. Bawak motor laju sangat masa hujan turun. Muka saya penuh luka dan tangan saya patah. Awak takkan lari tinggalkan saya kan?" Kata V sambil membuat muka sedih.
Chorong tidak menjawab. Dia tetap dengan tatapan helang dia.
"Yah, Jimin cakap awak akan lari ka--"
"Percaya sangat cakap si pendek tu kenapa?" Potong Chorong terus.
"Mestilah saya percaya. Awak tu pujaan hati pelajar namja kat kolej ni. Cantik, pandai, ambil course hukum pulak tu. Siapa yang tak terpikat? Macam lah saya tak tahu loker awak selalu penuh dengan bunga." Bebel V sambil membuat muka geram.
"Datang 3 kali seminggu pun dapat tahu semuanya kan? Wow! Bagus.."
"Yah yah yah...benda tu tak penting..awak tak kesiankan saya ke? Saya terburu-buru ke kolej dan tak sempat ubat luka kat muka ni. Boleh tolong ubatkan?" Pinta V sambil membuat muka comel.
"Saya busy sekarang ni. Jumpa nanti.." Chorong menutup buku tebalnya lalu pergi begitu sahaja meninggalkan V sendiri.
V membebel geram. Bagus duduk rumah dan tidur. Datang kolej pun buat sakit hati je. Baru je dia nak bangun tiba-tiba Jhope datang dan memaksanya untuk duduk semula.
"Kenapa? Aku nak balik. Bagus aku duduk rumah takdelah hati aku sakit." Kata V lemah.
"Kau macam tak kenal perangai dia. Dari dulu lagi dia macam tu kan? Dari dulu lagi dia tak suka ambil peduli tentang kau. Kau je yang selalu terkejar-kejar kan dia.." kata Jhope.
"Kau tak kenal luar dalam dia.." balas V.
"Suka hati kau lah..aku nak minta tolong sikit.."
"Yah!"
V memaparkan muka ketat dia. Namja depan dia ni buta atau buat-buat buta? Tak nampak ke kawan dia patah tangan sekarang ni? Boleh pulak dia minta tolong.
"Tangan aku patah sebelah ni. Kau buta ke?" Soal V.
Jhope menggeleng kecil. Badannya kedepan lalu berbisik di telinga V sehinggakan dia terkejut bagai nak gila. Dia terus bangun dari tempatnya sehingga menimbulkan suara bising.
"Itu bukan minta pertolongan bodoh! Patutlah dia pasang muka ketat dari tadi. Aku peegi dulu! Thanks bro."
Bahu Jhope ditepuk lalu dia memakai beg dan terus berlari menuju ke bilik persidangan dimana tempat Chorong berada.
Dia lupa.
Dia lupa hari ni Chorong ada pertandingan dan dia dah janji untuk pergi. Nasib baik ada Jhope tolong ingatkan. Kalau tidak..entah apa akan jadi nanti.
"Aku buat apa kat sini? Aku pun masuk pertandingan tu jugak! Haish!!!"
Jhope mula menggelabah dan menjerit memanggil nama V yang dah jauh ke depan.
..TBC..
I'm back with a new season😊
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanficTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me