Jimin duduk di cafe dengan santai. Laptop di depan mata pun dia tak pandang kerana dia lebih fokus kepada pasangan yang sedang makan tidak jauh dari tempatnya.
Bukan main sweet lagi mereka berdua siap main suap-suap sambil bergurau. Masa bercinta dengan Chorong, dia tak pernah pulak buat macam tu. Nak makan semeja dekat cafe kolej pun susah. Sekarang ni pun, V rajin datang kolej. Berubahan yang cukup mengejutkan untuk dia.
Bila dia fikir balik, baru dia teringat bahawa dia pernah melihat V keluar dengan Heejin pada malam hari semasa dia ada janji dengan Namjoon. Cuma masa tu dia tak syak apa-apa. Tapi sekarang, mungkin hubungan mereka bermula pada waktu itu.
"Boo!"
Tiba-tiba kedua-dua bahunya ditepuk dari belakang membuatkan dia terkejut dan hampir jatuh dari kerusi.
"Nak saya mati ke?" Soal Jimin sambil menyentuh dadanya.
Orang tengah syok tengok pasangan depan mata, dia boleh pulak main terkejutkan orang.
"Kenapa tengok dorang lama-lama? Happy tengok kawan awak bahagia?" Soal Tzuyu.
Jimin menggeleng sambil mengigit pipi dalamnya..
"Kecewa. Saya nampak perjuangan V nak dapatkan Chorong dulu. Banyak benda dia buat supaya Chorong terima dia. Chorong yang kita kenal pendiam dulu, dah mula berubah sejak bercinta dengan V. Tapi bila dah putus, Chorong kembali berubah. Nasib baik tak menjauhkan dari kita."
"Itulah. Kawan awak tu bodoh jugak, cepat betul berubah hati. Padahal sebelum ni okey je hubungan dorang. Tiba-tiba putus macam ni, buat orang tertanya-tanya."
"Majayo. Dulu dia panas hati bila Chorong dekat namja lain. Siap belasah orang tu lagi, konon tak nak Chorong kena rampas. Tapi sekarang? Dia pula dekat dengan yeoja lain. Pakej, bercinta dengan orang tu lagi."
"Gosip tentang aku ke?"
Lagi sekali Jimin terkejut. Walupun suara Chorong pelan menegur mereka, dia tetap terkejut.
"Yah!"
Jimin memarahinya membuatkan dia terkejut. Dah kenapa dia pulak yang terkejut? Tzuyu terus menyiku perut Jimin. Over lah mamat pendek ni. Mudah sangat terkejut ni kenapa?
"Aku nak korang semua datang rumah aku, ada makan-makan."
Kata Chorong.
"Tiba-tiba? Hari jadi siapa?" Soal Jimin dan Chorong hanya menggeleng kecil.
"Bukan. Aku nak pindah."
"Pindah?" Serentak Jimin dan Tzuyu.
Nasib baik V tidak dengar.
"Yaa, slow lah sikit. Jangan kuat sangat."
"Yah waeyo? Kenapa kena pindah? Sebab badut kat belakang kau tu ke?"
Soal Jimin. Dia bersiap untuk bangun dan belasah V kalau betul yang Chorong pindah disebabkan oleh kebodohan V.
"Aniya. Satu family aku akan pindah. Aku dah cuba merayu untuk stay sampai aku habis belajar tapi tak lepas." Jawab Chorong.
"Pindah takkan kembali?" Soal Tzuyu pula.
"Molla. Jadi korang mesti datang tau. Ajak dia sekali tapi jangan bagitahu tujuan aku buat majlis ni. Promise?"
"Okey. Yang lain dah tahu?" Soal Tzuyu lagi dan Chorong mengangguk kecil.
"Aku tunggu kedatangan korang. Bye bye."
***
Rumah Chorong.
Pelbagai hidangan telah pun disediakan. Ada yang dia masak sendiri dan ada jugak yang dia order. Nasib baik ada Naeun yang datang menolong walaupun ada beberapa kaca pecah disebabkan tangan kanan dia yang selalu hilang kawalan tu.
Tidak lama kemudian, tetamunya datang secara satu persatu dan kelibat V masih belum nampak lagi. Busy stream video dengan Heejin lah kot tak pun pergi date.
"Dia tak datang. Dia keluar dengan Heejin." Kata Jimin sebaik sahaja tiba.
"Baguslah dia tak datang. Datang pun buat suasana kekok nanti" kata Jhope terlepas cakap.
Tetapi kata-katanya dipersetujui oleh Nayeon. Bukan apa kalau ada V, Chorong akan menjadi diam seperti tidak wujud. Diam dan terus diam.
"Yah, kau biar betul nak pindah? Kita baru je mula sem baru. Siapa nak jadi partner project aku?" Soal Jhope yang kedengaran sedikit sedih.
"Mianhae. Aku tak boleh nak lawan cakap keluarga aku." Balas Chorong yang turut sedih.
"Kau akan balik kan? Pasti akan balik kan?" Soal Momo pulak.
"Pasti akan balik tapi tak tahu bila." Jawab Chorong.
"Sampai hati tinggalkan aku sendiri." Kata Naeun pula.
"Yah! Kami bertiga ni siapa? Arang batu?" Soal Tzuyu pulak.
"Apa arang batu. Macam takde contoh lain." Umpat Suga pelan.
"Majayo! Call kami kalau kau perlukan bantuan." Kata Nayeon pulak.
"Yes! Kita dah kawan start high school kan." Kata Jin pulak.
"Eoh!"
"Dalam apapun keadaan?" Soal Naeun ingin kepastian.
"Yes!" Serentak merek tiga.
"Aku harap kau kat sana jumpa orang yang lagi bagus dari V. Namja tu memang tak boleh pakai. Hidup dia penuh dengan game, tidur dan Heejin sampaikan lupa dengan semua kebaikan yang kau buat." Kata Jimin.
"Eoh! Namja tu dah lepaskan sesuatu yang susah untuk dicapai untuk kali ke dua." Kata Namjoon pulak.
"So, bila kita nak makan? Aku sengaja kosongkan perut semata-mata untuk malam ni tau."
"Makan lah Jin. Bagi Jin dalam diri kau makan sekali."
"Yah!!!"
"Mwo?" Jimin dan Jin bersiap untuk bergaduh mulut.
"Ketuk je sekali kepala si pendek ni. Cakap tak pakai otak." Kata Tzuyu membuatkan mereka semua ketawa kecil.
Nasib kau lah dapat yeoja chingu macam Tzuyu ni.
"Macam mana kalau tiba-tiba kau jumpa jodoh kat sana dan berkahwin?" Soal Nayeon tiba-tiba menghentikan aktiviti mereka.
"Aku akan jemput korang datang ke sana. Korang akan datang kan?" Kata Chorong.
"Datang kalau dapat free tiket."
Burk!
Kali ni perut Suga disiku cukup kuat oleh kekasih hatinya. Dah bekerja pun masih fikir tentang free tiket? Serious lah?
"Nasib sayang je tau. Kalau tidak.." umpat Suga pelan.
Kalau tidak, dah balas tadi. Bukan main kuat lagi dia siku orang tadi.
"Kau mesti balik ke Korea jugak! Mesti balik!" Kata Naeun menekan ayat terakhirnya.
"Aku balik. Jangan risau lah." Balas Chorong.
"Janji?" Serentak mereka semua membuatkan dia terkejut.
Boleh pulak serentak. Chorong mengangguk dan tersenyum.
"Janji!"
..tbc..
Bye Chorong..
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanficTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me