Seorang yeoja cantik sedang berjalan dengan lenggok menuju ke sebuah ruang yang hanya diisi oleh Jimin yang sedang tertidur kerana terlalu penat.
Kerusi kosong di sebelahnya ditarik lalu mendekatkan diri kearah Jimin.
"Wake up boy." Katanya dengan suara sexy lalu meniup telinga Jimin sehinggakan dia terbangun.
Mata Jimin menyepet kecil sambil melihat seseorang yang duduk disebelahnya lalu melihat kearah sekeliling yang sudah kosong. Kelasnya dah kosong 10 minit tadi dan terima kasih dekat Namjoon sebab tak bangunkan dia. Tak guna punya kawan.
"Nyenyaknya awak tidur.." kata Hyewon sambil memperbetulkan rambut Jimin.
"Nae?" Jimin masih lagi mamai.
"Wake up boy. Kolej dah mula kosong.." kini pipinya dicubit membuatkan Jimin tersedar.
"Yah!" Jimin menjauhkan kerusinya dan mengelakan diri dari terus disentuh oleh Hyewon.
"Kau nak apa ni?" Soal Jimin.
"Bangunkan awaklah. Tak nak balik ke?" Jawab Hyewon berserta dengan soalan.
"Mwo?" Jimin melirik jam tangannya dan terkejut melihat waktu sekarang.
Dalam kepala otak dia hanya fikir Namjoon sahaja. Kenapa namja tinggi tu tak bangunkan dia? Kenapa biarkan dia tidur sendiri dekat sini? Atau dia sendiri yang tak bangun setelah dikejutkan beberapa kali?
"Jom balik!" Ajak Hyewon riang.
"Balik sendiri." Jimin meraih begnya lalu bangun.
Lengannya pantas ditahan oleh Hyewon lalu yeoja itu turut bangun tanpa melepaskan pegangan, malah dia memeluk lengan Jimin dengan begitu erat.
Jimin menatapnya tajam. Dah kenapa yeoja seksi ni? Nak kena tampar sampai bulu mata palsu tu tercabut ke? Menggedik sangat ni kenapa?
"Boleh hantar saya balik?" Soalnya.
"Kau ni kenapa? Kurang kasih sayang keluarga ke?" Kata Jimin dengan suara rendahnya.
"Boleh tak hantar saya balik? Kali ni je. Pemandu saya tak boleh ambil dan saya tak pandai balik naik bas." Katanya dengan muka kesian.
"Teksi ada."
"Tak pandai juga." Jawabnya langsung.
Jimin menghembus nafasnya panjang. Lalu mengeluarkan telefon dan menelefon seseorang.
Tak lama selepas itu, panggilan terputus. Jimin memandang Hyewon lalu melepaskan tangan yeoja itu dan mula menjaga jarak.
"10 minit lagi teksi datang. Nanti bila kau dah masuk, bagitahu alamat rumah kau...nanti dia hantar." Kata Jimin dan mula melangkah pergi.
Susah betul jadi anak orang kaya dan manja ni. Semua benda tak tahu nak buat. Tahu nak menyusahkan orang je.
Keluar sahaja dari pintu kelas, Jimin terkejut melihat kelibat seseorang yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Badannya pula menyandar di dinding sambil melihatnya yang sedang berdiri mematung disana.
"Lama betul kat dalam. Kalau tahu ada dia, baik saya balik." Kata Tzuyu sambil melangkah ke depan.
"Sejak bila dekat sini? Kenapa tak terus masuk je?" Soal Jimin.
"Sengaja. Nak tengok awak layan dia macam mana. Baik betul awak ni." Balas Tzuyu.
"Saya tolong orderkan dia teksi je."
"Tahu.."
"It-"
"Tapi tak perlu kot sampai nak peluk-peluk lengan macam tu. Memang nampak simple tapi dimata saya?"

ANDA SEDANG MEMBACA
I'm NOT Single 2 | Kth
Fiksyen PeminatTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me