part 22

95 15 7
                                    

V menekan loceng rumah Chorong beberapa kali namun tiada sambutan. Dah berulang kali dia hantar pesanan ringkas dan panggilan tetapi semuanya tak dibalas.

Genap hari ni, dah 2 bulan dia tak nampak Chorong di kolej. Bila berkumpul ramai-ramai pun, Chorong tak ikut sama. Bila dia tanya yang lain, semuanya tak tahu.

"Kau buat apa dekat sini?"

Suara itu membuatkan dia menoleh ke arah kiri.

"Naeun!"

"Kau tahu Chorong dekat mana?"

Soal V langsung. Naeun memaparkan wajah datarnya sambil menyilangkan tangan.

"Kenapa cari dia?"

"Aku call dia tak jawab. Aku chat dia tak balas. Dia ada kenapa-kenapa ke yang aku sendiri tak tahu?"

"Tak payahlah cari dia. Bukan ada hubungan lagi pun."

"Yaa, atleast bagitahu aku dia pergi mana?"

Soal V. Lengan Naeun dia tahan agar tidak masuk ke dalam rumah Chorong.

"Buat apa bagi tahu kau? Kau tak penting untuk dia."

"Yah Son Naeun."

"Waeyo? Tak payah cari dia sebab dia sendiri pun tak nak kau lagi."

"Dia pergi mana?"

Soal V seperti merayu.

"Sebenci ni Chorong dekat kau kan? Nampak sangat apa yang kau buat ni menggores hati dia yang paling dalam."

"Jebal, dia pergi mana?" Soal V yang masih tidak mahu putus asa.

Naeun melepaskan genggamannya. Pin rumah Chorong dia tekan dan pintu terbuka. Dia memusingkan badannya menatap V.

"Dia dah pindah ke luar negara."

Kata Naeun lalu masuk dan terus menutup pintu. Bunyi pintu di ketuk dengan kuat pun, dia masih belum buka.

Rasanya cukup sampai tu je kot dia bagitahu keberadaan Chorong. Tak perlu bagi info yang banyak sebab takut namja tu akan pergi ke tempat Chorong pulak.

***
.China.

Tok tok tok

Pintu diketuk beberapa kali sebelum dibuka. Kepala Chanyeol menjengah kedalam melihat Chorong yang sedang mengemas pakaiannya.

"Buat apa?" Soal Chanyeol santai.

"Kemas baju. Tak nampak?" Soal Chorong kembali.

"Jom ikut oppa nak? Bosan lah nak jalan-jalan kat sini sendiri. Jom kita tengok apa yang menarik kat sini."

"Oppa. Kita kat sini dah hampir 2 bulan. Nak jalan-jalan pergi mana lagi?"

Tak faham betul dengan Chanyeol ni. Kerja dia asik nak berjalan je. Cuti je, mesti nak jalan-jalan bukannya nak berehat.

"Oppa dengar ada festival kat area ni. Jomlah."

"Oppa."

"Eem?" Jawab Chanyeol dengan kedua-dua keningnya naik ke atas.

"Ajak ommalah."

"Tak nak! Nak Chorong" kedengaran seperti Chanyeol sedang merengek.

Eh mamat tinggi ni kenapa? Sejak pindah China, perangai dia berubah. Kalau dekat Korea, punya lah payah nak dengar Chanyeol ajak dia berjalan. Sekarang ni? Hampir setiap minggu dia ajak Chorong keluar bersama.

Nak cakap tak pandai bahasa orang sini, dia lagi mahir dari Chorong. Nak kata takde kawan, macam menipu pulak sebab dia tahu Chanyeol ada 4 orang kawan dekat sini dan semuanya muka boleh tahan.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now