Sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan, Chorong lekas mencari keberadaan Naeun dan tak lama selepas itu dia melihat Naeun dari jauh lalu terus mendekati kawan baiknya itu. Mereka saling berpelukan untuk melepas rindu.
"Kita balik dulu. Nanti malam baru kita datang dengan yang lain." Kata Naeun dan Chorong hanya mengangguk kecil sahaja.
Mereka berdua pun jalan keluar dari airport dan terus menuju ke rumah Chorong.
"Berapa lama kau dekat sini?" Soal Naeun.
"Esok aku balik."
"Secepat tu kau nak balik?" Soal Naeun sedikit sedih. Baru jumpa dah kena berpisah balik.
"Tak boleh ke lama sikit? Aku rindu kau." Kata Naeun sedih.
"Aku ada hal dekat sana. Mana boleh tinggal-tinggal. Ini pun aku minta cuti mengejut tau." Balas Chorong.
"Okeylah..sebelum balik ke rumah kau yang dah bersarang tu, kita pergi makan dulu."
"Okey.."
***
Chorong dan Naeun tiba di pemakaman Mrs Kim. Terlihat ramai orang yang datang untuk memberi penghormatan yang terakhir.
Dari kejauhan, Chorong dapat melihat kawan-kawannya yang sedang makan dan disana tidak ada V. Mungkin dia ada dekat Mr Kim di ruang yang lain.
Mereka melangkah mendekat dan Chorong menyapa mereka semua membuatkan mereka terkejut dan hampir sahaja Nayeon menjerit tetapi ditahan.
Terkejut apabila melihat kehadiran Chorong ditempat ni. Ye lah, satu pesanan pun Chorong tak balas dan dia sengaja tak bagitahu yang lain yang dia akan balik.
"Kau datang?" Soal Tzuyu.
Chorong mengangguk. "Mana V?" Soal Chorong.
"Molla. Tadi dia ada kat dalam. Bila aku check balik, dia dah takde." Kata Jimin.
"Okeylah. Kitaorang jumpa Mr Kim dulu." Kata Naeun.
Mereka berdua pun masuk dalam ruang khas. Tanpa banyak bunyi Chorong terus memeluk Mr Kim dengan erat.
"Kamu datang? Gomawo Chorong ah.." kata Mr Kim sedih.
"Mianhae sebab lambat tahu tentang berita ni. Chorong minta maaf sangat-sangat."
"Takpe, asalkan kamu datang. Dah jumpa V?" Soal Mr Kim.
"Belum. Dia dekat mana?"
"Ada dekat luar. Nak ambil angin katanya. Pergilah jumpa dia.."
"Nae.."
Mereka berdua meletakkan bunga putih di depan gambar Mrs Kim lalu memberi penghormatan yang terakhir. Air mata Chorong mengalir begitu sahaja.
Kalau dia tahu semua ni akan jadi, dia takkan balik awal semasa majlis di rumah keluarga Kim waktu itu. Kalau tidak, mesti dia sempat memberi pelukan terakhir sebelum pindah ke China.
"Aku cari V sekejap. Nanti aku bergabung dengan korang."
Kata Chorong pergi terlebih dahulu dan tak sengaja terserempak dengan Heejin di tengah jalan.
"Chorong?" Terkejutnya.
"Nampak V?" Soal Chorong langsung.
"Ada dekat bawah pokok tepi bangunan." Jawab Heejin.
"Thanks."
Balas Chorong dan hendak pergi tetapi lengannya dihalang. Dia menoleh kearah Heejin.
"Maaf dengan apa yang aku buat. Kalau aku ta-"
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me