Part 28

79 7 0
                                        

Tangan Tzuyu kelihatan sedang lincah menaip di keyboard laptop tetapi apa yang dipaparkan di screen laptopnya hanya keluar huruf yang secara rawak.

Ini disebabkan oleh dirinya yang tidak fokus apabila telinganya menangkap perbualan daripada meja sebelah. Mulanya, dia hanya buat bodoh sahaja tetapi apabila nama Jimin disebut, dia terus hilang fokus.

"Kau memang gila, sampai macam tu sekali kau nak dekat Jimin? Apa yang special sangat dekat namja tu sampaikan kau sanggup buat semua ni?"

"Molla. Aku cuma tak suka bila Tzuyu mendapat perhatian dari Jimin. Ingat dia je ke yang ada boyfriend? Jimin je lah namja paling sweet dekat kolej ni?"

"Oh. Cemburu lah ni?"

"Lebih kurang. Aku tahu namja kat luar sana ada je yang sweet. Tapi nak juga rasa dilayan macam princess oleh dia. Mesti best. Minta je terus dapat."

Tzuyu tersenyum sinis. Apa tadi yeoja tu cakap? Minta je dapat? Yeoja tu perhatikan mereka 24 jam ke sampai benda kecil macam tu pun dia tahu?

Tzuyu menurunkan bucket hat miliknya agar matanya terhalang lalu dia mencapai air dan diminum dengan perlahan. Mungkin dia perlu berterima kasih dekat topi dia sekarang ni kalau tidak, mesti identiti dia akan terbongkar.

"Kau memang berani Hyewon. Cukup berani buat kerja gila ni. Lepas ni apa lagi rancangan kau? Kau dah berjaya buat dia tidur dengan seseorang. Lepas ni apa?"

"Aku akan pastikan dia dan Tzuyu putus. Lepastu, aku akan jadi milik Jimin."

"Belum tentu dorang putus, Jimin akan terima kau."

"Siapa je yang berani tolak yeoja cantik macam aku ni? Kalau ada yang tolak, mesti dia buta."

"Percaya diri betul kau. Just wait and see. Aku nak tengok jugak rancangan kau ni boleh sampai mana je pergi dia."

"Hyewon?" Nama itu keluar dari mulut Tzuyu.

Dia ingat nama ni. Nama yang selalu Jimin mention setiap kali mereka bergaduh kecil. Tak sangka masalah besar macam ni pun, yeoja tu terlibat. Betul-betul nak merampas milik orang ni.

Dia mula rasa bersalah apabila menuduh Jimin bukan-bukan. Dia sepatutnya percaya dengan apa yang Jimin cakap tempoh hari.

Walaupun Jimin dah bawa dia jumpa saksi, dia masih tak puas hati dan lebih pilih untuk menjauh dan sanggup block nombor Jimin.

Tapi mungkin sekarang dia boleh cari Jimin dan minta maaf. Dalam kes ni, dia pun bersalah juga sebab tak menyabar.

Laptopnya ditutup lalu disimpan dalam beg. Airnya di capai lalu bangun dan pergi dari cafe tersebut. Dia perlu cari Jimin dan terangkan semuanya.

***
.Airport.

Chorong dan Naeun berpelukan cukup lama. Dah tiba masanya untuk Chorong balik China dan kembali jalankan hidupnya disana. Rasa berat hati pulak untuk tinggal Naeun yang masih menangis.

"Uljima. Cuti nanti kau datang lah China. Selain kau boleh jumpa aku, kau boleh jumpa Chanyeol juga. Aku dah cuba tahan air mata ni dari jatuh tau. Jangan buat hal."

Kata Chorong sambil mengusap air mata Naeun. Comel betul kalau kawan dia ni menangis. Kalau tak menangis nampak cantik. No wonder lah kenapa oppa dia boleh terpikat dekat kawan baik dia ni.

Naeun tidak membalasnya. Dia terus menangis dan menangis. Haish! Tak cukup ke seminggu dia dekat Korea? Macam-macam dorang dah buat kot.

"Kau akan datang lagi ke sini?" Soal Naeun yang sudah kelihatan sedikit tenang.

I'm NOT Single 2 | KthTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang