Chorong duduk termenung memikirkan sesuatu. Kopi panas yang dia buat sebentar tadi sudahpun bertukar suhu. Setelah pertemuan mereka tempoh hari, mereka kerap berjumpa di mahkamah disebabkan oleh kerja dia kali ni melibatkan kawan baik namja tersebut.
Harinya tidak tenang seperti biasa. Ada sahaja soalan-soalan yang dilontarkan kepadanya sehingga dia muak dan terus hilangkan diri.
Kalau bukan disebabkan kerja, mungkin dia akan tarik diri untuk membantu model terkenal tersebut dari scandal. Tapi apa boleh buat? Perbicaraan hampir menuju ke penghujung dan dia berharap sangat namja itu takkan muncul lagi.
Pandangan Chorong beralih kearah Yoomi yang sedang bermain dengan kucing kesayangannya yang diberi nama 'Mongie'.
Bila tanya apa maksudnya, anaknya cuma menggeleng. Hanya itu sahaja nama yang boleh Yoomi fikir sebaik sahaja Chorong menghadiahkannya kucing.
"Yoomi.."
Panggil Chorong. Dengan mata yang bulat, Yoomi menoleh menatap ommanya yang sedikit gusar.
"Omma tak sihat ke?"
Pantas Yoomi bangun dan terus menghampirinya. Tangan kecil itu melekap di dahinya untuk mengecek suhu. Mata Yoomi terkebil-kebil. Suhu Chorong agak normal tetapi kenapa wajah ommanya sedikit pucat?
"Omma penat ke?" Soal Yoomi.
Chorong membuat muka kesian sambil mengangguk. Tubuh kecil itu dipeluknya begitu erat.
"Omma rindu appa." Kata Chorong dan disetujui oleh Yoomi.
Dia pun rindu dengan appa dia. Genap umur Yoomi 4 tahun, Jaehyun didapati meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.
Jaehyun adalah seorang peguam yang digeruni di China. Bagi sahaja apa-apa kes, dia boleh menang dengan mudah. Cara pertuturan, cara menyakinkan hakim dan juga bukti yang ditujukan berjaya membuatkan dia menang dalam setiap pembicaraan di mahkamah.
Tetapi apabila kesnya melibatkan seorang syarikat yang terkenal, dia mengalami sedikit kesukaran kerana sepanjang dia bertugas, dia merasakan seseorang sedang mengekorinya. Kadang-kadang kalau dia bersama dengan keluarga kecil dia pun, dia rasa ada yang tak kena.
Sampailah pada suatu malam ketika dia ingin pulang ke rumah, sebuah lori besar merempuhnya dengan kelajuan tinggi menyebabkan di terkeluar dari kereta dan mengalami kecedaraan yang teruk.
Sejak kejadian itu, Chorong mengambil keputusan untuk tinggalkan China dan balik ke Korea untuk melupakan kejadian tersebut. Tetapi sebelum balik, dia dan juga beberapa kawan yang lain mengambil kes tersebut dan berjaya menangkap si pelaku.
"Sampai hati appa tinggalkan kita. Appa dah janji nak belikan hadiah yang besar untuk Yoomi."
Chorong hanya mampu diam. Air matanya cuba untuk ditahan. Pelukannya semakin erat.
"Jangan risau, kelak nanti kita dapat jumpa juga."
"Jinjja? Bila? Yoomi nak jumpa appa!"
"Bukan sekarang. Nanti. Appa sekarang jauh sangat dengan kita tapi Yoomi kena ingat, yang appa selalu tersimpan dalam hati kita. Takde siapa boleh gantikan tempat appa."
"Tapi omm--"
Ting tong.
Loceng rumah ditekan oleh seseorang. Chorong menatap pintu dengan lama. Sejak bila pulak dia order makanan malam-malam macam ni? Nak kata barang sampai, dia takde beli barang online pun.
Naeun? Kkk~ yeoja tu selalu masuk tanpa tekan loceng. Dua kali lima je dengan suami dia si telinga capang tu.
"Biar Yoomi yang buka."
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me