Part 24

83 10 8
                                    

Chorong duduk di cafe sambil menyelak satu persatu kertas kerjanya. Di kiri kertas tersebut ada hot latte kegemaraannya. Memandangkan waktu kelasnya masih lama lagi, dia mengambil keputusan untuk menyiapkan tugasan.

Tetapi semuanya terhenti apabila kerusi di depan telah diduduki oleh seseorang. Dia melihat namja itu sekilas dan kembali fokus membuatkan namja tersebut mengantungkan bibirnya.

"Ni hao jiě jiě." Sapa namja tersebut dengan ramah.

*Apa khabar kakak

Chorong menghentikan kerjanya. Pandangannya fokus kearah namja yang lebih muda daripada itu. Lebih muda tapi mereka satu kelas dan satu team dalam course law.

Tipu lah kalau dia tak cemburu sebab namja depan dia ni adalah pelajar yang pandai walaupun masih muda. Handsome pun ye jugak. Tinggi, bertebuh tegap. Boleh dikatakan hampir perfect.

"What do you want from me Jaehyun?" Soal Chorong.

Jaehyun menggeleng sambil tersenyum manis.

"Chorong jiě jiě.." panggil Jaehyun lagi membuatkan Chorong sedikit tertekan.

Bukan apa, dia cuma tak biasa dengan panggilan tersebut. Tak boleh ke panggil macam biasa? Perlu ke guna bahasa tu sedangkan dia orang Korea? Lahir dekat Korea.

"Jangan lah pasang muka macam tu. Serius pun cantik." Pujinya membuatkan Chorong semakin rimas.

"Awak suka music macam mana? Hip hop? Rock? Jazz? Ballad? Which one?" Soalnya sambil meneka satu persatu jenis lagu.

Bukan apa, sejak Chorong menjejakkan kaki ke kolej ni, dia selalu melihat Chorong memakai airpod. Kadang-kadang orang panggil dia tak dengar. Kena sentuh bahu dulu, barulah dia menoleh.

"Ballad.." jawab Chorong yang kini kembali fokus kearah kertasnya.

"Saya suka hip hop. I can rap. Nak dengar?" Soalnya. Chorong hanya menggeleng kecil.

"Haih.." Jaehyun mengeluh panjang. Dagunya ditongkat sambil memandang Chorong membuat kerja.

"How about sport? Saya suka basketball." Katanya lagi. Dia cuba untuk berinteraksi dengan Chorong.

Entah kenapa, baru pertama kali ni ada pelajar yang tak berminat dekat dia. Kalau nak tahu, Jaehyun boleh dikatakan hampir satu kolej kenal disebakan oleh keterampilan, kepandaian, jaguh bersukan dan ramah. Tapi kalau boleh, hanya Chorong sahaja yang cuba untuk menjauh darinya.

Disebabkan itu dia berminat untuk mendekati Chorong. Kalau boleh lebih dari dekat seperti mempunyai hubungan yang special.

"Awak suka sport apa?" Soal Jaehyun.

"Bowling."

"Wah jinjja? Boleh lah kita pergi main sama-sama kalau ada waktu free. Boleh?"

"Tak nak." Balas Chorong ringkas.

"Okey last soalan. Lepas ni saya takkan tanya. How about game? Saya suka main game online. Awak pula?"

Soalan terakhir membuatkan Chorong mati akal. Dari soalan pertama sampailah soalan ketiga, kenapa semuanya boleh sama dengan bekas kekasihnya?

Setiap jawapan yang Jaehyun bagi membuatkan hatinya berdebar. Fikirannya pula melanyang. Dia boleh bayangkan wajah V sedang tersenyum apabila bermain game, marah ketika teamnya kalah dalam sukan dan hyper apabila menyanyikan setiap bahagian rap dalam lagu.

Semua tu masih segar dalam ingatan sekarang ni. Dan tiba-tiba sahaja dia merasakan perasaan rindu dan risau timbul dalam dirinya.

Namja tu sihat ke tidak? Makan dia cukup tak? Adakah dia happy selepas Chorong pergi atau sedang merana?

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now