Naeun terbangun dari tidur lenanya dan dia terkejut melihat Chorong yang sedang mengemas pakaiannya. Pantas dia bangun dan menghalangnya dari terus berkemas.
"Kau nak pergi mana? Nak balik? Kenapa? Kita baru je sampai semalam tau." Katanya panik.
Dia semakin panik apabila melihat air mata Chorong jatuh begitu sahaja.
"Kau kenapa?"
Tubuh Chorong dipeluknya dengan begitu erat sekali. Tangisan Chorong semakin kuat membuatkan dia hilang arah. Kenapa tiba-tiba nak balik pulak? Tak mungkin semua ni berkaitam dengan V kan?
"Yah wae??"
Soalnya lagi. Pelukan dilepaskan lalu mengelap air mata Chorong dengan ibu jarinya.
"Ada apa-apa berlaku semalam ke antara kau dengan V? Kalau ya, apa dia? Bergaduh lagi?" Soalnya bertubi.
"Kami dah putus."
Naeun terkaku ditempatnya. Tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar tadi. Takkan dalam keadaan macam ni boleh putus pulak? Sepatutnya mereka semua happy sebab dapat bercuti sama-sama. Bukan sedih macam ni.
"Memang dah tak boleh bawak bincang ke?" Soal Naeun lagi dan dia hanya menggeleng kecil.
"Boleh. Kau mesti boleh. Cuba bincang balik. Mesti ada silap kat mana-mana ni. Jangan main buat keputusan sendiri je."
"Nak bincang apa? Dia dah ada orang lain. Dah takde apa yang nak dibincangkan lagi."
"Okey bertenang. Aku yakin yang lain belum tahu lagi semua ni. Jangan sampai ada yang tahu. Jangan balik mengejut macam ni. Buat macam takde apa yang berlaku. Boleh? Kita datang sini nak happy-happy bukan sedih. Lepas balik je, kau mengadulah sepuasnya dan menangislah sepuasnya. Aku janji yang aku akan dengar semua penjelasan kau. Boleh?"
Ucap Naeun sambil mengusap pipi Chorong. Dah lama dia tak tengok kawan baik dia sedih macam ni. Kalau ada pun, sedih sebab masalah pelajaran je.
Suasana di meja makan sedikit riuh pagi ni. Masing-masing dah tak sabar nak buat aktiviti mereka.
"Lengan kau tu okey tak?" Soal Jin kepada Naeun.
Naeun melihat balutan dilengan kirinya lalu mengangguk kecil.
"Okey je." Jawabnya ringkas.
Jin mengangguk dan kembali makan.
"Malam nanti kita jumpa kat festival lampu. Jangan lupa pulak." Kata Namjoon memperingati mereka semua.
"Oh ya, aku hampir lupa sesuatu." Kata Jimin tiba-tiba.
"Apa dia?" Soal Jungkook.
"Aku dah call Mr Ahn semalam dan dia cakap, untuk aktiviti hiking kita esok kita kena pergi awal sebab kita akan bergabung dengan kumpulan lain."
Katanya dan semua mengangguk.
Di sudut lain, V sedang duduk memerhatikan Chorong dari jauh. Semalaman dia fikir kenapa Chorong minta putus secara tiba-tiba sedangkan dia tak buat salah langsung. Mungkin alasan dia terlalu busy adalah jalan yang ringkas untuk dia minta putus.
"Jinyoung ajak dia couple ke?" Soalnya dalam hati.
Entah kenapa nama namja tu tak habis-habis bermain dekat fikiran dia sekarang ni. Tak lain tak bukan mesti namja tu punca Chorong ajak dia putus.
Dia bangun dari tempatnya lalu mendekati Chorong dan menariknya menuju ke suatu arah. Mereka semua memandang serentak kearah mereka berdua.
"Nak date kat pantai la tu!" Kata Jhope untuk memecah suasana.
"Aku pun nak juga!" Kata Jimin.
"Aku pun!" Kata Jungkook pulak.
"Sebelum jalan, pergi lah.." kata Suga.
"Nice!" Kata Nayeon riang.
V menarik Chorong menuju ke luar vila yang berdekatan dengan pondok kecil yang mereka pergi semalam.
"Kenapa tiba-tiba? Dalam hati awak dah ada orang lain ke?" Soal V sebaik sahaja mereka sampai.
Chorong mendongak sedikit melihat api cemburu V sekarang ni. Senang betul main tuduh-tuduh orang kan? Tak sedar ke yang diri sendiri tu salah?
"Semua ni sebab Jinyoung ke?" Soalnya lagi.
Chorong tersenyum tipis. Pandangannya menuju kearah lain. Memang sah namja ni tak tahu kesalahan dia.
"Tak boleh ke awak jujur?" Soal Chorong tenang.
Dia cuba untuk tidak menangis sekarang ni. Dia dah penat menangis semalaman.
"Siapa saya? Saya tak cukup jujur ke?"
"Yes!"
"Apa yang saya buat? Apa salah saya?" Soalnya sedikit berlagak.
"Jadi awak nak cakap semuanya berpunca dari saya?" Soal Chorong.
V mengangguk kecil dan selepas itu air mata yang ditahan akhirnya jatuh.
"Susah sangat nak cakap yang awak dah tak cintakan saya sebab dah ada orang lain? Susah sangat ke nak jujur yang awak dan Heejin ada hubungan? Susah sangat ke nak ucap perkataan 'PUTUS' Kim Taehyung?"
Kata Chorong dengan penuh perasaan. V terkejut dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut Chorong sebentar tadi.
"Saya hanya perlu kejujuran dari awak. Kalau awak minta putus sekalipun, saya masih boleh terima. Tapi saya tak boleh terima kalau awak menipu semata nak jaga hati dan perasaan saya. Sakit rasa dia. Sangat sakit!"
"Chorong ah.."
"Tak perlu nak bagitahu apa yang berlaku. Saya dah tahu semuanya dan semua bukti saya ada."
V menunduk lemah.
"Memang betul saya dengan Heejin dah ada hubungan tapi dalam masa yang sama saya tak nak kehilangan awak. Tak mungkin saya tinggalkan awak selepas apa yang saya buat macam-macam demi mendekati awak dulu."
"Gwenchana. Saya boleh terima semuanya. Jadi sekarang pilihan ditangan awak. Saya atau dia.."
Soal Chorong dengan hati yang pasrah. Dia pasrah dengan semuanya. V mengangkat kepalanya dan tiba-tiba kakinya mengundur kebelakang.
"Saya undur diri dulu. Kita tak pernah serasi. Maaf sebab baru sedar."
Katanya sambil melihat tepat kearah mata Chorong yang sudah mengalirkan air mata dengan deras. Tak sangka perkataan tu yang keluar dari mulut namja yang amat dicintakan ni.
"We are done?" Soal Chorong untuk terakhir kalinya.
V mengangguk kecil. Chorong mengelap air matanya dengan kasar.
"Selamat tinggal."
Kata Chorong lalu terus pergi dari pandangan V yang sedang diam mematung tanpa menoleh sedikit pun kebelakang.
..tbc..
Here a new chapter 💜
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me