Part 12

146 23 9
                                    

.Tzuyu Pov.

Aku berdiri di depan cermin sambil melihat penampilan aku. Simple but nice dan sesuai untuk keluar dengan Jimin hari ni.

Semalam cakap nak rehat sebab penat sangat. Tiba-tiba, pagi ni call ajak keluar pulak.

Selepas puas dengan gaya sendiri, aku pun mencapai beg dan fon lalu turun ke bawah. Berharap sangat namja tu tak tertidur kat sofa. Rumah aku dah macam rumah ke dua untuk dia.

Suka-suka datang dan suka hati nak buat apa. Maklumlah, omma appa kami kawan rapat. Anak-anak dia pulak dalam hubungan special. Tunggu hari namja tu akan tidur di bilik ni pulak bukan dekat bawah lagi.

Aku menuruni tangga satu persatu dan melihatnya sedang duduk sambil menongkat dagu. Tangan lagi satu sibuk pegang fon. Tengok movie mungkin. Muka main peranan betul.

"Baru sampai?" Soalku.

"10 minit.." jawabnya ringkas.

"Jom.." ajak ku.

Kepalanya menoleh memandang aku lalu tersenyum. Dia bangun dan menyimpan fon ke dalam poket seluar dan selepas itu, tangannya merangkul lengan aku.

"Kita nak pergi mana?" Soalnya..

Eh, dia yang ajak keluar tapi aku pulak yang bagi keputusan nak pergi mana. Ingatkan dah rancang awal-awal tadi. Hampeh punya namja.

"Suka hati lah. Tapi tak nak double date.."

Kataku. Kalau boleh, setiap kali keluar mesti nak double date dengan kawan-kawan dia yang lain. Kenapa ntah..aku pun tak faham.

"Kali ni takde double date. V sibuk dengan channel dia. Suga pulak kerja dan Jungkook tidur sepanjang hari sebab terlalu penat. Hari ni kita dua je..jadi awak pilih tempatlah.."

Balasnya sambil memaparkan eyes smile indah dia tu. Kalau macam ni lah aku kena layan, memang aku pegang rapat-rapat namja ni. Tak nak cari lain. Nak dia je. Cukup.

Mana yang dah plan nak rampas dia tu, lebih baik undur diri awal-awal sebab korang takkan menang.

"Mall?" Soalku dan dia hanya angguk kepala sahaja.

"Kajja.." senyumannya semakin kembang lalu menarik ku keluar dari rumah.

Omma appa mianhae. Anak omma ni hampir dapat namja chingu yang perfect. Baik, handsome, pandai jaga badan, murah senyum tapi satu je..agak pendek sikit. Harap yang keluar nanti ikut ketinggian keluarga kita..

I hope so.

.pov end.

Sampai di mall, mereka berdua menghabiskan masa untuk shopping dan apa yang best adalah Jimin belanja semuanya. Anak pengetua sekolah kan. Mestilah berduit. Tambah lagi namja ni sama macam V..ada channel sendiri kat Youtube. Bezanya, channel dia penuh dengan dance cover sedangkan V penuh dengan game dan sedikit short video tentang culture dan vlog miliknya.

"Nak tengok wayang?" Soal Jimin.

Tzuyu menggeleng kecil. Barang banyak macam ni..nak tengok wayang apanya? Ingat loker tu muat ke nak simpan semua barang ni? Tak muat kot.

"Makan" soalnya.

"Yes!" Jawab Tzuyu ringkas.

"Jom"

Kaki mereka menuju ke cafe yang terdekat lalu mengambil tempat duduk yang kosong.

***
.Chorong pov.

Mata aku focus ke screen fon melihat sang pujaan hati sedang live stream di Youtube bersama dengan kawan game dia yang cantik.

Jeon Heejin.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now