.Chorong pov.
Aku duduk di salah satu bangku yang telah disediakan di tempat itu sambil melihat V yang sibuk dengan teropong dia. Apa namja ni buat eh? Dia tahu hari ni aku free, cepat-cepat dia ajak aku ke tempat ni semata untuk melaksakan arahan dari kawan baik dia?
Daripada dia buat semua ni, lebih baik dia isi masa dia yang kosong ni dengan siapakan project dia kan? Sibuk tolong skodeng girlfriend kawan sendiri kenapa?
Wahai Park Jimin, aku cuma nak meluah satu je..kau punya tahap jeles, boleh mengalahkan V tau. Aku buat kerja dengan kawan kelas lelaki aku pun, V tak buat benda macam ni sekali. Yang penting kau bagitahu tujuan dan tempat kau pergi je..itu je..tapi kadang-kadang semak jugak sebab sibuk hal orang tapi okeylah..atleast seseorang tahu aku dekat mana.
Teropong tu okey lagi tau, ni siap letak tangkai daun kat dahi kenapa? Jadi sebab tulah dia pakai headban hari ni? Ingatkan rimas dengan rambut dia yang panjang rupanya ada agenda lain dia nak buat.
"Yah Kim Taehyung.." aku memanggilnya.
Dia menoleh sambil menatap aku menggunakan teropong dia. What? Agak-agak teropong dia fokus ke bahagian mana tu? Mata? Telinga? Ke hidung?
"Kajja..sepatutnya kita gi date bukan skodeng Tzuyu tu. Takkan Jimin tak percaya Tzuyu?" Soalku.
Dia menggeleng. Teropong dia lepas dan biarkan ianya tergantung di leher. "Dia percaya Tzuyu tapi tak percaya Mingyu. Tengoklah namja tu, lagi hot dari Jimin kot!" Balas V dan kembali fokus pada misinya.
"Saya nak balik.." kataku langsung dan terus bangun.
Malas aku kalau dah macam ni. Bagus aku keluar dengan Naeun daripada ikut dia buat benda tak senonoh ni. Baru je aku nak melangkah pergi, pantas dia meraih tanganku.
"Arraseo. Saya stop lagi pun dorang dua macam dah selesai buat kerja. Alang-alang kita dah sampai sini, kajja..kita mandi-mandi..kita naik gelongsor tinggi tu.." katanya teruja sambil menuding kearah gelongsor yang paling besar sekali dekat taman tema air ni.
Dengan muka ketat aku menolak ajakan dia. Ajak aku secara mengejut dan tak bagitahu lokasi yang dituju, ingat aku nak ikut kehendak dia? Memang taklah. Aku mana ada bawak baju lebih. Lagi pun cuaca hari ni panas gila.
"Hantar saya balik atau pergi tengok wayang?" Soalku..
Dia terdiam seperti memikirkan sesuatu "kalau ke fun fair?" Cadangnya.
"Shireo." Balasku ringkas.
Sumpah hari ni panas gila. Aku malas nak pergi tempat yang tak berbumbung.
"Main go cart?" Soalnya lagi.
Dia ni tak faham ke atau sengaja tak faham soalan aku?
"Soalan saya apa?" Soalku balik.
Namja ni aku patahkan balik tangan dia baru tau. Elok sikit jadi takdelah benda-benda pelik dia ajak aku.
"Okey, jom tengok wayang." Jawabnya lemah.
Dia tak suka tengok wayang. Ingat tu. Namja ni suka benda ekstrim tapi aku tak. Tapi bila tengok muka tempe dia tu, kesian pulak.
"Lepas tengok wayang kita pergi fun fair. Deal?" Soalku lagi.
Kali ni wajahnya berubah happy. Dasar Kim Taehyung..cepat betul riak muka tu berubah. Nasib lah dapat dia ni..
"Kajja.." tanganku ke depan agar dia pegang dan bawa aku keluar dari tempat panas ni.
Kalau nak jujur, aku suka tengok project-project yang dia buat berbanding dengan project aku yang memerlukan kesabaran, kepandaian dan ingatan yang kuat sebab kerja aku semua memerlukan kertas yang tebal.
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanficTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me