Hanya diterangi cahaya lampu meja, V dan Chorong duduk di meja makan dalam keadaan saling berhadapan. Di atas meja terdapat beberapa botol soju dan semua itu adalah permintaan dari V. Walaupun dia tak boleh minum, tapi malam ini dia sangat memerlukan minuman tersebut untuk menenangkan diri.
2 botol soju telah dihabiskan olehnya. Satu teguk pun Chorong tidak merasa kerana dia hanya ingin melihat V meminumnya sepuas hati.
Wajah V sudah kelihatan merah dan telah mabuk berat tetapi tangannya masih setia menuang air itu ke dalam gelas kecil dan di minum sampai habis.
"Awak masih tak jawab soalan saya. Kenapa awak pergi tanpa pengetahuan saya? Kenapa hanya saya sahaja yang tak tahu tentang ni?"
Soal V sambil bermian dengan gelas kecil ditangannya.
"Kau yang tak datang. Jimin cakap kau busy. Jadi salah aku?"
V menggeleng. Dia cuba untuk mencapai air soju itu lagi tetapi tenaganya sudah tidak ada. Dia menongkat kepalanya dengan sebelah tangan. Dengan pipi yang merah dia tersenyum.
"Mesti awak benci dekat saya kan? Benci sangat. Saya dah buat kesalahan besar dekat awak dan saya tak layak untuk dimaafkan. Betul kan?"
"Benda ni sangat penting ke? Rasanya tak perlu dibahaskan lagi. Lebih baik kau tidur. Tenangkan fikiran dan jangan tambah masalah. Aku call Heejin untuk teman kau dekat sini." Kata Chorong dan berniat untuk menelefon tetapi tangannya pantas digenggam.
V menggeleng kecil. "Please, jangan call dia. I need you, not her." Katanya.
Chorong melepaskan diri. Apa pun alasan namja ni, dia perlu hubungi seseorang sekarang jugak. Dia tak sanggup melihat keadaan V macam ni. Lemah dan tak bertenaga.
"Maafkan saya. Sebenci mana pun awak dekat saya, tolong maafkan saya. Tolong ma--"
Burk!
Kepala V jatuh diatas meja. Belum sempat ayatnya dihabiskan, dia sudah tertidur. Chorong memerhatikannya dengan tenang.
"Kalau aku maafkan kau pun, luka kat dalam masih belum boleh pulih." Katanya pelan.
Dia kembali mengeluarkan telefon dan menelefon seseorang. Yang penting orang itu bukan Heejin sebab dia sendiri pun tak tahu nombor yeoja itu.
"Jimin, datang ke rumah V sekarang. Dia mabuk dan tidur dekat meja makan. Kau boleh datang?"
"Boleh. Sekejap lagi datang."
"Thank you."
Panggilan dimatikan begitu sahaja. Telefonnya disimpan lalu dia membuka gelang silver ditangannya lalu dia memasang gelang tersebut ditangan kiri V.
"Aku dah janji akan balik ke Korea dan aku dah tunaikan. Sekarang aku berjanji takkan kembali sampailah aku dapat lupakan kau sepenuhnya. Selamat tinggal Kim Taehyung."
Monolog Chorong lalu bangun dan merangkul begnya untuk balik ke rumah.
***
"V!"
Jimin terbangun dari tidurnya dan dia merasakan kepala berdenyut dengan kuat.
Matanya melihat kearah sekeliling ruang dan dia baru teringat, sepatutnya semalam dia pergi ke rumah kawan baiknya itu tetapi kenapa dia berada di ruang asing ini?
Sendiri, tidak berbaju dan ada sebotol wine diatas meja kecil disebelahnya. Dia cuba untuk ingat namun gagal.
Yang dia ingat, semasa Chorong telefon, dia sedang berada di club malam. Belum sempat dia pergi, seorang barista ditempat itu memberi air percuma dan merahsiahkan siapa yang belanja. Selepas itu, dia sudah tidak mengingati apa yang terjadi.
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me