"Bagi aku sebab kenapa aku perlu pilih kau sebagai kawan se khemah aku?" Kata Jimin berlagak.
Jungkook menatapnya atas bawah. Gaya berdiri dah macam model tak cukup kalsium. Gigit jari pendek tu baru tahu.
"Kalau aku jujur, kau akan bagi ke?" Soal Jungkook kembali.
"Terpulang pada jawapan kau."
"Satu, aku yakin khemah kau akan sentiasa dalam keadaan bersih."
"Nice, boleh terima.."
"Dua, kau kecik jadi ruang banyak untuk kita bertiga tidur."
"Yah!"
"Tiga, aku tak bak sebilik dengan Namjoon sebab aku risau zip khemah rosak dan tidur dalam kesejukan."
"Jebal bagi aku tidur dengan korang dua."
Kata Jungkook. Tak boleh bayang kalau tidur dengan Namjoon atau V. Satu perosak barang..satu lagi suka menjerit tiba-tiba time tidur.
"Jhope, kau nak ke Bunny Kookie tidur dengan kita?" Kata Jimin.
Jhope yang sibuk memasang khemah menoleh lalu mengangguk dan membuatkan Jungkook tersenyum mekar.
"Yes! Tepi sikit pendek!" Jungkook menolak Jimin ke tepi untuk menolong Jhope memasang khemah.
"Semua okey ke?" Tiba-tiba Heejin datang kearah mereka.
Mereka bertiga serentak menoleh dan mengangguk kecil.
"Kalau ada apa-apa bantuan, just call me..saya cuba bantu.." kata Heejin.
"Boleh ke bantu? Kalau macam tu, pasang khemah ni.." kata Jungkook dan terus mendapat pukulan di belakang badan.
"Jangan dengar cakap dia. Otak dia tertinggal kat rumah tadi. Jangan risau, kalau ada masalah kami bagitahu." Kata Jhope.
Heejin mengangguk kecil lalu pergi untuk melihat peserta lain pula. Sampai di khemah V dia bertanya soalan yang sama.
"Gwenchana. Setakat pasang khemah, kami boleh buat." Kata Jin yang sibuk mengetuk besi ke dalam tanah.
"Eoh! Jangan risau.." sambung Namjoon.
"Majjayo.." kata V pulak.
Heejin mengangguk kecil sambil tersenyum lalu pergi begitu sahaja.
"Cantik!" Kata Namjoon.
"Semua yeoja kau cakap cantik." Kata Jin.
"Diam kau.." balas Namjoon dan hampir membaling pengetuk ke kaki Jin.
"Kim Taehyung.."
V menoleh apabila namanya dipanggil. Kepalanya mendongak melihat ketua perkhemahan yang sedang berdiri di hadapannya.
"Ikut aku cari kayu api dekat dalam hutan." Katanya.
"Kenapa aku?"
"Sebab Mr Siwon suruh. Palli, hari dah nak senja.." katanya lalu pergi begitu sahaja.
"Pergi lah. Cari kayu bukan cari gaduh okey.." pesan Jin.
"Aku tahulah.." balas V dengan jelingan tajamnya.
***
.Malam..Chorong pov.
Aku mula rasa tak sedap hati bila tengok Heejin bermesra dengan V. Aku tahu dorang satu kumpulan tapi perlu ke serapat tu? Ketawa sini, pukul sana sini. Nampak sangat dah akrab.
Aku cuba tenangkan diri. Kawan game dia je kan? Tak mungkin lah dia nak lepas garisan. Mesti yeoja tu tahu V dah ada kekasih.
"Hah tengok apa?" Soal Tzuyu.
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me