Part 32 | Jimin wedding

85 12 1
                                    

Dewan mula dipenuhi dengan tetamu sedikit demi sedikit. Alunan lagu juga dipasang sementara menunggu pengantin bersiap.

Hari ini. Hari ini adalah hari istimewa untuk Jimin dan juga Tzuyu. Kalau ungkit kisah lalu, memang cukup kelakar sebab dulu mereka adalah musuh.

Kalau boleh, tak nak tengok muka langsung. Kalau jumpa, ada je benda yang tak puas hati dan berakhir dengan pergaduhan.

Tetapi seiring waktu berjalan, perasaan benci bertukar menjadi cinta dan semua tu baru disedari oleh Jimin. Pelbagai cara dia buat untuk memikat hati Tzuyu sewaktu sekolah dulu dan akhirnya dia menang melawan Hanbin yang ketika itu juga suka dekat Tzuyu.

Nasib baiklah dia berjaya dan Tzuyu juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Jadi apa yang dia buat tak sia-sia lah kan?

Tetapi apabila berganjak ke alam dewasa, dirinya pula menjadi rebutan tetapi nasib baiklah dia jenis yang setia dan Tzuyu tidak mudah untuk mengungkapkan kata putus.

Selepas kejadian Jimin kantoi tidur bersama dengan seseorang, hubungan mereka sedikit longgar tetapi dapat diperbaiki disebabkan kebodohan Hyewon sendiri. Selepas kejadian itu, Hyewon jarang munculkan diri sebab Tzuyu telah memberi amaran kepadanya.

Tapi dengar cerita sekarang dia dah bahagia dengan seseorang. Kalau dengar dari cerita Mingyu, Hyewon sedang menjalin cinta dengan seorang model terkenal dan orang itu adalah kawan sekerja V.

Tidak lama kemudian, pintu masuk dewan menjadi pusat perhatian mereka apabila beberapa namja berjalan masuk ke dalam dengan penuh bergaya.

Tidak lama kemudian, pintu masuk dewan menjadi pusat perhatian mereka apabila beberapa namja berjalan masuk ke dalam dengan penuh bergaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Paling hadapan adalah seorang penulis lagu terkenal. Manakala dibelakangnya pula adalah model yang paling popular di Instagram. Followers dia setaraf dengan artis terkenal. Diikuti pula di belakangnya adalah seorang lecture muda yang mendapat gelaran 'Mr. Cookie' daripada pelajarnya di kolej.

Seterusnya pula ada pemilik syarikat ramakan lagu dan dibelakang sekali adalah dua orang yang cukup terkenal juga iaitu seorang peguam yang digeruni dan juga seorang chef muda.

Boleh teka kan siapa mereka semua?

Yup! Mereka adalah BTS.

***

"Yah Jeon Lucy!"

Nayeon memanggil anaknya yang sedang bermain dengan Momo di kerusi yang telah disediakan.

Budak kecil yang mempunyai mata bulat itu menoleh dan melihat Nayeon.

"Kenapa tak pakai ni? Majlis belum mula lagi. Jangan comot sangat." Kata Nayeon sambil memakaikan flower crown di kepala Lucy.

Lucy mengambil benda itu lalu dibuang ke lantai kerana kurang rasa selesa.

Dia mula berfikir. Salah dia ke mengaharapkan anak lelaki yang keluar dulu? Terlalu obses nak anak lelaki tetapi yang keluarnya adalah sebaliknya.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now