Part 27

85 14 2
                                    

Jimin masuk ke dalam club malam yang dia hadiri dan terus menuju ke barista tersebut untuk mencari bukti tentang kejadian semalam. Dia perlu tahu siapa yang berani masukkan ubat tidur dalam minumannya semalam dan sanggup buat semua ni.

Dia mesti cari kebenaran dalam keadaan yang cepat.

"Bro, kau semalam yang bagi aku minuman kan?" Soalnya sebaik sahaja dia tiba.

Namja itu mengangguk kecil.

"Boleh aku tahu siapa yang belanja aku air tu semalam? Atau kau tahu tak siapa yang bawa aku naik ke bilik semalam?" Soalnya bertubi.

"Maaf, tapi saya dah janji untuk merahsiakan semua ni. Saya dah dibayar." Jawabnya dan ingin pergi tetapi langsung ditahan.

"Aku akan bayar lebih dari jumlah yang dia bayar. Bagitahu aku siapa orangnya." Kata Jimin mutlak.

Dah takde cara lain untuk cari dalang semua ni. Kalau ni pun tak berjaya, dia sanggup bayar berapa pun untuk check cctv.

"Honestly, saya tak tahu nama dia. Dia cuma cakap yang dia akan belanja awak. Tapi dia yang suruh saya masukkan ubat tu ke dalam minuman awak."

"Dia pelanggan kat sini ke? Selalu datang ke sini?" Soal Jimin lagi dan barista itu mengangguk.

"Okey nice. Kalau dia datang malam ni, terus call aku. Nanti aku bagi duit."

"Ini nombor aku. Lepas aku dapat dia, aku bagi duit yang kau nak. Aku pergi dulu." Kata Jimin lalu beredar dari tempat itu dan tujuan yang seterusnya adalah rumah Tzuyu.

Sampai di rumah Tzuyu, loceng ditekan beberapa kali tetapi tidak ada yang membuka pintu. Dia call banyak kali pun, tetap panggilannya tidak dijawab bukan tak dijawab tapi lebih kepada panggilannya ditolak.

Dia cuba lagi dan cuba lagi dan akhirnya pintu terbuka. Orang pertama yang tengok adalah omma Tzuyu. Pantas dia menunduk hormat.

"Kenapa ni? Nak jumpa Tzuyu ke?" Soalnya.

"Nae. Dia ada?"

"Dia baru je keluar dengan Nayeon tadi." Jawabnya.

"Dia ada cakap keluar pergi mana?" Soalnya lagi dan omma Tzuyu hanya menggeleng.

"Nae. Kalau macam tu saya balik dulu. Kalau dia dah balik, boleh call Jimin? Ada benda penting yang Jimin nak sampaikan dekat dia."

"Boleh. Nanti omma call Jimin."

"Arraseo. Gomawoyo omma..Jimin balik dulu." Jimin sempat memberikan senyuman khasnya dan membongkokkan badanya sedikit lalu terus menuju ke keretanya.

***
.Rumah Chorong.

"Kau biar betul nak tinggalkan dia macam tu? Dia tu baru je kehilangan seseorang. Tunggulah dia okey baru balik." Bebel Naeun.

Tak sangka yang Chorong akan balik secepat ni. Ingatkan semalam tu main-main je cakap.

"Kawan-kawan dia ada. Heejin ada untuk bagi dia semangat. Aku ni sejarah hitam dia je. Buat apa aku lama-lama dekat sini? Ini bukan tempat aku lagi."

"Kalau ye pun, jangan balik dulu. Kau dekat sini lama sikit tak boleh? Kalau kau tak kesian dekat dia, kesianlah dekat aku sikit. Aku rindu kau ni. Aku hampir nak beli tiket ke China semata nak peluk kau 5 minute je tau." Kata Naeun membuatkan Chorong menghentikan kerjanya.

Kepalanya menoleh menatap kawan baiknya itu. Kesian pulak bila dengar dia cakap macam tu.

"Kalau kau dekat sini suka menyusahkan Jhope untuk cover kerja kau, why not dekat sana kau suruh kawan baru kau untuk cover kerja kau jugak? Jebal, stay sini dalam dua tiga hari untuk aku. Banyak benda yang aku nak kongsi dekat kau ni." Pujuk Naeun lagi dan lagi. Siap pakej dengan muka sedih lagi dia buat semata nak halang Chorong balik China.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now