Tak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan?
Cover by me
V melakukan live streamingnya sehingga ke larut malam disebabkan oleh dia tak boleh tidur. Dah lama Chorong tinggalkan dia tanpa sebab dan takde ucapan 'selamat tinggal'.
Semakin waktu berjalan, dia dapat menerima semuanya dan mungkin semua ni berlaku disebakan kesalahan yang dia buat.
Dia menyesal buat Chorong macam tu. Dia menjadi marah apabila ada seseorang mendekati pujaan hatinya tetapi dia tak sedar bahawa dirinya pula mendekati orang lain tanpa pengetahuan Chorong.
Nak minta maaf pun dah tak guna sebab Chorong tidak ada di depannya lagi.
Badannya menyandar ke kerusi. Dia diam selama beberapa minit setelah kalah dalam permaiananya. Keyboard dari pemberian Chorong dia pakai sehingga kini. Headphone dari Chorong pun dia masih pakai lagi walaupun Heejin ada belikan dia yang baru tetapi pemberian dari yeoja chingunya masih tersimpan cantik dalam kotak.
Ninenine: Wow! Princess kita join live stream lah!
Shycat1001: Betul! Hey Ejin, bila nak live stream?
Sola787: Live chat menggila!!!!
V membaca satu persatu live chat yang dia dapat dan tiba-tiba sahaja dia menoleh kebelakang apabila mendengar pintu terbuka.
"Nuguya?" Soalnya sedikit kuat namun tidak ada yang menyahut.
Mungkin firasat dia sahaja kot. Lagipun yang boleh masuk ke dalam rumahnya hanya Chorong sahaja. Kawan dia yang lain semua tak tahu kod rumahnya termasuklah Heejin sekali.
"Saya rasa sampai sini sahaja live stream saya untuk hari ni. Mianhae sebab tak bermain dengan baik. Jangan lupa untuk masuk live stream saya pada masa akan datang. Selamat malam my weapon."
V melambai-lambaikan tangannya sebelum mematikan webcam dan shutdown komputer miliknya.
Ting!
Dia mencapai telefonya lalu membuka pesanan tersebut. Badannya menegak apabila melihat isi chat tersebut. Tak sangka yang dia akan dapat chat dari Chanyeol sekarang ni.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"She's fine." - Chanyeol hyung
Tanpa menunggu waktu lama, dia terus mendail nombor tersebut tetapi panggilannya ditolak begitu sahaja. Dia cuba lagi tetapi masih sama.
"Where is she? I want to say sorry to her. Hyung jebal, I want to see her."