Part 31

81 10 5
                                    

1 tahun kemudian.

1 tahun telah pun berlalu dengan baik. Pelbagai cabaran yang telah mereka lalui dengan baik. Jika dulu mereka digelar sebagai senior di kolej, kini tidak lagi apabila masing-masing telah mendapat kerja.

Jungkook dan Nayeon pula dah berkahwin selama 7 bulan. Manakala Jimin dan Tzuyu masih dalam tempoh bertunang. Suga? 2 bulan lagi dia akan bergelar suami kepada Momo. Hasil usahanya berjaya menyakinkan keluarga Momo apabila namja itu berjaya memiliki sebuah rumah dan kereta dari hasil titik peluhnya sendiri.

macam mana pulak dengan Jin, Jhope dan Namjoon?

2 dari mereka masih single tetapi tidak untuk Namjoon yang berjaya memikat hati crush dia masa sekolah dulu. Tak sangka perasaan suka dia dekat Hyerin masih kuat. Disebabkan kegigihannya, akhirya hati keras Hyerin berjaya dicairkan oleh seorang Kim Namjoon.

Dia perlu berterima kasih dekat Jungkook yang tak henti-henti bagi dia tips untuk memikat hati perempuan.

Kim Taehyung? kalau dulu dia sibuk dengan live streaming, sekarang tidak lagi apabila dah bergelar sebagai model yang sedang naik daun sekarang ni. Kalau boleh, hampir setiap bulan muka namja ni keluar di majalah. Nasib baiklah bukan majalah Playboy.

Hubungannya dengan Heejin? erm, akhirnya mereka putus ditengah jalan kerana V tidak sanggup untuk menipu dirinya lagi. Dia dah mula tak sayangkan Heejin kerana dalam hatinya masih tersimpan nama Chorong dan berharap Chorong akan pulang kembali. Keputusannya itu diterima baik oleh Heejin sebab dia pun tak sanggup nak ada hubungan dengan orang yang masih tak boleh melupakan cinta lamanya. 

Dia juga rasa menyesal kerana pernah berbuat jahat semata untuk mencapai tujuannya iaitu menjadi streamer yang terkenal. Dia sanggup mencuri hati V demi kepentingannya sendiri.

Memandangkan hari ini adalah hari cuti umum, mereka bertujuh berkumpul di sebuah cafe kegemaran mereka. Dari tadi mereka tak habis-habis menceritakan tentang kehidupan mereka dan sedikit tentang cerita lama sehingga meja mereka menjadi pusat perhatian.

Yelah, dahlah bising lepastu semuanya muka elok-elok pulak tu. Memang akan jadi pusat perhatian lah kan?

Sedang mereka semua bergelak ketawa, tiba-tiba secara serentak fon mereka berbunyi kecuali fon V yang sunyi sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang mereka semua bergelak ketawa, tiba-tiba secara serentak fon mereka berbunyi kecuali fon V yang sunyi sepi. masing-masing membaca isi pesanan mereka dan satu persatu antara mereka memandang V lalu mereka memandang antara satu sama lain.

Betul ke dengan apa yang mereka dapat sekarang ni? kalau mereka berenam bagitahu V agak-agak dia akan terima atau tidak?

Baru sahaja tadi Chorong menghantar sebuah gambar secara serentak kepada mereka. Disebabkan terlalu excited, mereka berenam membuka gambar tersebut dan ternyata gambar tersebut adalah sekeping wedding card.

Ingatkan Chanyeol dengan Naeun yang akan kahwin, rupa-rupanya adalah Chorong dan Jaehyun yang akan berkahwin dalam tempoh sebulan ini.

Macam mana nak bagitahu V? semua orang tahu bahawa namja ini masih menunggu kepulangan Chorong ke Korea. Kalau dia tahu tentang ni, apa perasaannya nanti.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now