Part 17

81 13 10
                                    

Mereka semua tercengang melihat vila besar di hadapan mereka semua. Memang betul vila 3 tingkat ni, mereka yang pilih melalui online tapi tak tahu pulak akan sebesar ni vila dia.

Dah lah dekat dengan pantai, pemandangan dia pulak cantik gila. Belum lagi tambah dengan bilik yang banyak. Memang sangat puas hati lah.

"Master room aku punya!!!" Jerit Jin kuat dan terus berlari menuju ke pintu utama.

"Aku jugak!" Jerit Jungkook tak nak kalah.

"Tepi!" Namjoon menolak mereka berdua.

Nak buka pintu pun susah. Berebut bilik pun, belum tentu dapat sebab pintu masih belum dibuka.

Chorong menoleh melihat V yang sedang menjawab panggilan telefon. Dia perasan namja tu sedang menahan senyumnya.

"Sebilik dengan aku?" Bahunya di tepuk oleh Naeun membuatkan dia menoleh.

Dia hanya menganggukkan kepala sahaja lalu mereka semua bergerak masuk ke rumah untuk berehat sebelum melalakukan aktiviti lain.

"Biar aku tolong." Jhope mengambil beg roda Chorong lalu menuju ke bilik atas.

"I will help you beauty." Jin mengangkat beg Naeun pulak.

"Beg kitaorang?" Soal Tzuyu tak puas hati.

"Korang pilih bilik bawah kan? Tolong diri sendiri." Pekik Jin dari atas.

"Jomlah.." ajak Momo.

Mereka bertiga pun menuju ke bilik bawah yang berdekatan dengan dapur. Nasib baik bilik tu besar jadi muat untuk mereka.

Selepas memilih tempat tidur, semua orang berkumpul di ruang tamu kecuali Suga yang tidur bilik sebab terlalu penat. Sebelum terbang ke sini, dia sempat siapkan beberapa baris lagu.

"Siapa nak ikut pergi pasar beli bahan makanan?" Soal Jin.

"Aku!" Kata Jimin semangat.

"Lagi? Naeun? Tzuyu?" Soal Jin sambil memandang mereka silih bedganti.

"Aku lah. Ada benda yang aku nak beli." Sampuk Chorong.

"Okey! Kalau macam tu, yang lain sediakan apa yang patut. Hidupkan bara api, sediakan pinggan mangkuk. Apa-apalah." Kata Jin lagi.

"Aku dengan Jhope pergi beli air dengan makanan ringan berdekatan dengan tempat ni." Kata Namjoon.

Mereka mengangguk kecil lalu semuanya bangun dan mula melakukan tugas masing-masing.

***

Rooftop menjadi tempat untuk mereka makan malam sebab dekat atas tu, semuanya telah disediakan termasuk tempat membakar, meja makan dan lampu yang terang.

"Kau kenapa?" Soal Tzuyu kepada Chorong yang hanya diam sahaja dari tadi.

"Takde apa."

"Serious?" Soalnya lagi.

"Erm..aku masuk sekejap." Katanya lalu masuk ke dalam.

Jimin yang melihat terus memukul dada V yang sibuk main game.

"Kau kenapa?" Soalnya sedikit marah.

"Chorong tak sihat ke?" Soal Jimin.

"Kenapa? Elok je aku tengok." Jawab V tapi masih di screen.

"Dia masuk ke dalam tu..pergi lah tengok." Arah Jimin.

"Pergi tandas lah tu." Jawabnya santai.

"Suka hati kau lah."

Chorong menuju ke dapur. Air mineral dia ambil di dalam peti ais lalu duduk dimeja sambil termenung. Tak habis dia fikir tentang hubungan dia dengan V sekarang ni.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now