Jimin menarik tangan Tzuyu menjauh dari tempat melakukan lompatan. Dia menggeleng kecil sambil merayu. Dia tak nak main game ni. Dia takut tapi kena paksa jugak buat. Orang lain semua dah turun. Tinggal mereka berdua sahaja di atas sekarang ni.
"Nak turun sendiri ke?" Soal Tzuyu.
Jimin menggeleng. Kakinya gementar hebat. Kenapalah dalam banyak-banyak permainan, bungee jumping ni jugak jadi pilihan ramai? Tak masuk akal langsung!
"Jhope je boleh. Mesti awak boleh jugak. Tak malu ke?" Soal Tzuyu lagi.
"Tapi.."
"Saya ada. Saya takkan lepaskan tangan awak. Percaya dekat saya tak? Jom. Jangan risau."
Selangkah demi selangkah Jimin maju ke depan. Jeritan dari bawah dia dapat dengar dengan sangat jelas dan suara yang paling kuat adalah suara Jin.
"Ready?" Soal pekerja tersebut.
Jimin mengosongkan fikirannya. Matanya dibuka dan kembali tertutup rapat apabila perasaan takut tu kembali muncul. Tzuyu menganggam tangannya dengan erat.
Haih! Muka je hot, badan tegap, pakej dengan six pack tapi takut tinggi.
"Saya kira sampai 3, kamu berdua boleh lompat."
1
2
3
"Lompat!"
Mereka berdua melompat secara serentak. Bunyi jeritan dari Jimin sangat kuat manakala Tzuyu hanya ketawa sahaja. Di bawah pulak dah bersorak sebab bangga dengan Jimin yang mampu melawan rasa takutnya itu. Badan mereka terhayun ke sana sini sehinggalah permainan tamat.
Sampai diatas bot, Jimin bernafas lega. Wajahnya sangat merah sekarang dan Tzuyu hanya tersenyum sambil mengusap pipi dia yang berisi tu. Comel sangat bila muka dia kalau takut.
"Good job my mochi." Kata Tzuyu yang tak habis-habi mencubit pipi Jimin sebab terlalu geram.
"Jimin!!!!!!!" Namjoon berlari menuju kearahnya lalu mengangkatnya dengan tinggi.
"Kau dah berjaya atasi ketakutan kau!" Ucapnya bangga.
"Lepas ni try terjun sendiri." Kata Jungkook pulak.
"Betul. Lepas ni kau dengan Jhope try terjun sendiri. Mesti boleh punyalah!" Kata Jin pulak.
"Kalau dorang berdua demam lepas buat lompatan solo, aku tak nak bertanggungjawab eh. Korang jaga lah dorang dua." Kata Suga.
Tak kuasa nak jaga dua orang tu. Banyangkan berkongsi bilik dengan orang demam. Silap-silap dia pun demam sebab berjangkit.
"Rileks lah. Takkan nak demam pulak." Kata Momo.
"Dah! Jom try banana boat pulak. Semalam aku tak puas main." Sampuk Nayeon.
"Jom!" Serentak mereka.
"Aku tunggu dekat tepi pantai je lah. Aku penat." Kata Chorong.
"Boleh. Tapi kena ada teman. V? Kau teman Chorong?" Soal Jungkook.
Belum sempat dia nak buka mulut. Naeun terlebih dahulu menjawab.
"Takpe. Biar aku yang temankan dia. Lagipun aku rasa macam loya pulak lepas melompat tadi." Katanya sambil merangkul lengan Chorong.
"Okey! Jomlah kalau macam tu. Lepas tu kita naik jetsky pulak." Kata Jin semangat.
***
"Kau dah putus dengan dia? How? Kau yang minta putus atau dia?"
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me