Part 11

140 18 3
                                    

"Apa anak arnab tu buat?"

Bebel Namjoon sambil melihat Jungkook yang sedang berusaha jalan diatas tali dengan sangat perlahan sedangkan pihak lawan dia dah jauh dihadapan.

"Yah! Jeon Jungkook! Jalan lah!" Jerit Namjoon kuat.

Jungkook menoleh kebawah sambil membuat muka sedih. Tadi sebelum perlawanan, bukan main berlagak lagi. Bila dah try, jadi macam ni pulak. Tak boleh harap betul.

"Sudahlah..team kita kalah.." kalah San selaku ketua team tersebut.

Kumpulan 3 bersorak kuat apabila Jinyoung sampai ke garis penamat tanpa memerlukan tenaga yang banyak sebab lawan mereka kali ni takdelah power mana pun.

Tidak lama lepastu, Jungkook dibantu oleh petugas aktiviti tersebut dan dirinya terus diserbu oleh kumpulannya. Ada yang ketawakan, ada juga yang marah dan ada juga yang hanya menggeleng. Dah kalah nak buat macam mana.

Kalah bermakna merekalah yang perlu mencari kayu api dimalam hari ketika semua orang sudah tidur.

"Malam ni kau cari sendiri.." kata Namjoon.

"Mwo? Mana semangat team kita? Cari kayu api je kot!"

"Erm, jalan atas tali je kot. Bukan susah pun.." ejek Woojung.

"Wah!!!" Jungkook membuang muka. Sakit hati betul bila kena ejek.

"Dahlah..jom baru kalah satu game dah bising. Ada banyak lagi game kan? Pastikan kali ni menang.." San cuba menenangkan keadaan.

"Ntah kau. Debik baru tahu.." Jungkook membuat muka.

"Kau tak yah main next game. Menyusahkan." Kata Woojung.

Jungkook hilang sabar. Baru je nak melangkah, Namjoon menghalangnya dengan pantas. Budak bunny ni tahu nak bergaduh je lah.

Game yang seterusnya adalah tarik tali. Tapi kali ni tarik tali di kawasan yang berlumpur untuk menjadikan permainan ini lebih menarik. Apa yang lebih menariknya lagi adalah kali ni team Jimin dan V yang bertanding.

Jimin menatap pihak lawannya yang mempunyai badan-badan yang gagah dan tinggi. Boleh menang ke?

"Jimin kau dekat tengah-tengah. Boleh kan?" Soal Luhan.

"Aku? Waeyo?" Soalnya kembali.

"Sebab kau kecik. Depan untuk yang berotot. Belakang untuk yang badan besar-besar. Jadi kau dekat tengah." Jawab Luhan.

Dia terdiam. Baru dia perasan dalam team dia, dia yang paling kecil sekali. Kecik tapi kuat. Ngam kan?

Tidak lama selepas itu, pertandingan dimulakan. Bunyi jeritan kuat kedengaran dan beberapa ahli dari team Jimin sudah terjatuh akibat terlalu licin, namun mereka kembali bangun.

"Yah! Park Jimin! Fighting!" Kata-kata semangat dari Tzuyu tidak dapat didengari sebab suara sorakan lebih kuat.

Acara tarik menarik menjadi lebih menarik apabila team Jimin yang hampir kalah tiba-tiba sahaja menacapai kemenangan disebabkan oleh musuh yang berada paling belakang terjatuh dan V keluar dari pertandingan secara mendadak membuatkan teamnya terkejut.

"Wow!!!yeay!!!" Bunyi sorakan team Jimin kuat kedengaran.

Kumpulan V pula masih dalam mood terkejut. Kenapa tiba-tiba namja tu keluar dari pertandingan dan pergi begitu sahaja?

Jhope segera mencari seseorang dan pada akhirnya dia menunduk. Sebab itu rupanya.

Tak sangka team dia kalah hanya disebabkan V melihat kedekatan Chorong dan Jinyoung yang berada di tidak jauh dari kawasan pertandingan. Siap bergelak ketawa lagi.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now