Part 2

203 30 2
                                    

Jimin melepaskan tangannya dari genggaman Tzuyu membuatkan langkah mereka terhenti. Mereka berdua saling bertatapan antara satu sama lain.

"Tak nak say sorry?" Soal Jimin.

Tzuyu membuang muka. Lengan Jimin dirangkul kemas lalu menatap mata indah Jimin tu.

"Mianhae.." kata Tzuyu..

"Sebab apa?" Soal Jimin sengaja nak bagi Tzuyu naik angin.

"Sebab tipu awak.." jawab Tzuyu.

"Tipu apa sayang?" Soal Jimin lagi disertakan dengan eyes smile miliknya itu.

"Sebab saya cakap, saya keluar dengan Nayeon tapi terkantoi bila awak nampak saya keluar dengan Mark Lee. Sorry.." jawab Tzuyu.

Hidung Jimin dicuit. Senyuman yang mekar Jimin paparkan tadi bertukar serious secara tiba-tiba dan benda tu buatkan Tzuyu semakin bersalah. Dia tak patut tipu Jimin semalam. Boleh je dia bagitahu dekat Jimin dengan siapa dia keluar sebab Jimin takkan marah..asalkan bagitahu dengan siapa.

"Petang ni saya keluar dengan Bora. Pergi tengok wayang."

"Mwo? Yah! Jangan keluar! Saya tak bagi.." kata Tzuyu marah-marah.

"Kenapa pulak tak boleh? Awak keluar dengan Mark boleh. Saya boleh jugak lah." Balas Jimin tak nak kalah.

"Kalau awak keluar, kita putus!"

Tzuyu melepaskan pelukannya lalu pergi begitu sahaja. Jimin dibelakang dah ketawa kemenangan sebab berjaya kenakan kekasih hatinya itu.

"Saya bergurau je lah..yah, Tzuyu..tunggu saya.." Jimin mengejar Tzuyu di depan.

***

V dan Chorong duduk di dalam kereta tanpa sebarang bunyi. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. V Sibuk dengan game manakala Chorong hanya diam mematung melihat V. Tangan dah patah sebelah pun masih boleh main game kan..

Pantas benda tipis itu dirampas kasar oleh Chorong. V menatapnya datar sebab dia pantang betul kalau orang kacau dia main game. Tak kisahlah siapa pun orang tu, kalau dia main game..tolong jangan kacau sebab dia tak suka dan mood dia boleh hilang macam tu je..

"Awak kacau saya main game?" Soal V.

"Erm..kenapa?" Jawab Chorong pantas.

"Awak tahu kan ya--"

"Cukup tahu.." potong Chorong terus.

"Yah, bagi balik fon saya.."

"Shireo!"

"Bagi balik.."

"Tak nak.."

"Yaishhh!!!"

"Mwo?? Nak marah? Silakan.." kata Chorong langsung tak takut..

"Saya nak balik.."

"Dipersilakan.." balas Chorong ringkas..

Badannya menyandar dikerusi melihat V yang masih diam ditempatnya. Kemarahannya cuba dikawal sekarang ni. Dia terfikir, apa akan jadi kalau dia keluar dari kereta Chorong?

Adakah Chorong akan merajuk atau dia mendapat pukulan di bahu?

Molla..

"Tak nak balik?" Soal Chorong pelan..

V hanya diam. Chorong menghembuskan nafas panjang lalu menegakkan badannya. Dagu V disentuh agar memandangnya.

"Duduk diam selama 5 minit boleh tak?" Soal Chorong tenang.

"Shireo.."

"Just 5 minute Kim.."

"Kenapa?" Soal V ingin tahu..

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now