Part 16

91 14 8
                                    

Ting tong

Ting tong

Ting tong

Chorong hanya membiarkan sahaja loceng rumahnya ditekan beberapa kali. Panggilan dari luar pun dia biarkan sahaja. Hari ni dia nak bertenang. Sejak kebelakangan ni, orang misteri itu sentiasa update hubungan V dengan Heejin membuatkan dia semakin patah hati.

Kini, telefonnya pula berbunyi dan nama V terpapar di screen. Dia hanya menjelingnya lalu kembali menonton Tv.

"Chorong. Awak ada dekat dalam tak?"

Suara itu semakin kuat dan loceng rumah ditekan tanpa henti buatkan dia semakin pening dan akhirnya dia bangun lalu membuka pintu.

Tatapan datar diberikan kepada V yang turut menatapnya datar tetapi tidak lama apabila dia tersenyum manis sambil mengangkat plastik makanan ke udara.

Namja ni boleh senyum tanpa sebarang masalah kan? Dah kena sidai hampir 10 minit pun, masih lagi boleh tersenyum. Boleh percaya ke yang namja ni curang belakang dia?

"Kenapa lama sangat buka pintu? Awak tidur ke?" Soal V sambil melangkah masuk ke dapur.

"Eoh.." Jawab Chorong malas.

"Kenapa tukar password pintu? Dah tak bagi saya masuk?" Soalnya lagi.

"Chanyeol oppa suruh tukar sebab dah lama sangat pakai nombor yang sama." Tipu Chorong.

"Macam tu pulak? Takpelah, jom makan. Saya ada belikan makanan kegemaran awak." Riang V sambil berjoget kecil.

Chorong tersenyum kecil lalu menggeleng membuatkan V berhenti menari.

"Awak kenapa? Ada masalah dekat kolej?"

Boleh tak Chorong nak berterus terang dengan masalah dia? Makin lama dia simpan, makin sakit hati tapi mungkin lagi sakit bila hubungan mereka putus.

"Saya ada soalan.." soal Chorong.

"Apa dia?"

"Saya jarang keluar dengan awak sebab terlalu busy belajar. Perasaan awak dekat saya masih sama atau dah berkurang?"

Soal Chorong membuatkan aura muka V berubah.

"Kenapa cakap macam tu? Mestilah masih sama. Macam mana awak faham saya, macam tu juga saya faham awak." Katanya.

"Awak ingat kan yang saya cakap sebelum saya terima awak?"

Soal Chorong lagi dan kali ni V mengangguk.

"Sekarang dah berubah. Kalau awak dah tak selesa dengan saya, awak boleh putuskan hubungan ni. Saya risau awak nak bersama dengan saya hanya disebabkan perjanjian lama kita. Kali ni keputusan di tangan kita berdua."

"Yah, awak kenapa ni? Awak dah jumpa seseorang yang baru? Siapa? Jinyoung?" soalnya bertubi.

"Aniya, mana ada. Saya cuma cakap je." Jawab Chorong.

Keadaan diam seketika. Mereka bertatapan antara satu sama lain lalu Chorong tersenyum kecil.

"Saranghae Kim Taehyung.."

"Nado saranghae. Jangan cakap macam tu lagi. Saya tak suka."

Kata V. Chorong hanya diam sahaja sambil memerhatikan buah hatinya makan dengan penuh selera.

***

Di sebuah cafe kelihatan ada satu meja panjang yang terisi dengan 7 orang namja dan 4 orang yeoja di sana. Meja tersebut sangat heboh sebab masing-masing mengutarakan pendapat lokasi yang perlu mereka pergi selepas habis test.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now