5 tahun kemudian.
5 tahun telah berjalan begitu sahaja. BTS telah pun berkahwin dan mempunyai anak yang comel. Tetapi tidak untuk V yang masih belum berkahwin kerana terlalu sibuk bekerja dan tak pernah terfikir untuk berkahwin. Walaupun Jin tak kalah busy, dia pun tak ketinggalan dengan kawan-kawan dia yang lain. Cumanya, anaknya baru sahaja beberapa bulan.
Seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari mengejar burung merpati yang begitu banyak sekali. Gelak ketawanya menjadi perhatian orang yang lalu lalang.
Naeun yang sedang duduk di sudut tangga melirik jamnya beberapa kali. Hampir 30 minit dia menunggu di hadapan mahkamah tetapi Chorong masih lagi belum keluar.
"Yah Jung Yoomi!" Pantas dia berlari menuju kearah budak kecil itu kerana terjatuh.
"Gwenchana?" Soal Naeun risau.
Bukannya menangis, Yoomi hanya ketawa lalu melepaskan diri dan kembali bermain membuatkan Naeun menggeleng kecil.
Entah apa yang Chorong bagi makan dekat Yoomi sampaikan boleh aktif macam ni. Sedangkan dia dah kepenatan menunggu walaupun dari tadi dia hanya duduk.
"Eoh! Omma!" Pekik Yoomi kuat.
Chorong yang baru sahaja keluar dari mahkamah tersenyum luas melihat Yoomi yang kini sedang berusaha menaiki tangga untuk memeluknya dengan erat.
Terasa seperti bebenan kerja hilang begitu sahaja apabila melihat Yoomi di depan mata. Ditambah lagi dengan senyuman gembira Yoomi ketika ini.
"Omma, Yoomi nak burung merpati." Kata Yoomi.
"Nae?" Terkejut Chorong mendengar permintaan anak emasnya itu.
"Burung merpati?" Soalnya untuk mendapat kepastian.
Yoomi mengangguk semangat. Kepalanya menoleh kearah burung merpati yang beterbangan.
"Lambat kau keluar." Kata Naeun.
"Eoh! Ada masalah sedikit."
"Omma!"
Baju Chorong ditarik-tarik oleh Yoomi.
"Kenapa? Yoomi nak apa?"
"Yoomi nak burung merpati!"
Chorong mencangkung lalu mengelap peluh yang mengalir di dahi Yoomi. Apa lah budak kecik ni buat sampai berpeluh macam ni.
"Tak boleh."
"Waeyo?" Soal Yoomi.
"Sebab nanti Yoomi kena bersihkan sangkar dia, bagi makan, bagi minum. Sanggup?" Soal Chorong.
Yoomi menggeleng.
"Jom auntie belanja aiskrim!"
Kata Naeun untuk menarik perhatian Yoomi.
"Jom!" Yoomi memegang tangan Naeun dengan erat.
Naeun menatap kawan baiknya itu lalu tersenyum sinis.
"Sama macam kau. Umpan je dengan makanan, mesti akan diam." Katanya berlagak membuatkan Chorong terkejut.
Tak guna punya kawan. Nasib baik pandai pujuk anak dia. Kalau tidak, memang sampai ke sudah meminta budak kecil tu.
***
"Macam mana? Kau dah call kawan kau?"
V yang sedang menelefon Jhope sedikit terkejut apabila Hyungsik yang tiba-tiba muncul dari belakang.
Tangannya naik untuk menyuruh Hyungsik sedikit bertenang. Kepala V mengangguk kecil mendengar penjelasan dari kawan baiknya itu.
Apabila dah terlalu lama bertelefon dan meminta pendapat, panggilan tersebut pun diputuskan oleh sebelah pihak.
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me